Monday, 11 June 2012

Dapat RM100 Voucher Kalau Cashier Tak Bagi Resit

"Bila Cashier Tak Bagi Resit,
Pelanggan Dapat RM100 Voucher PERCUMA"

Luarbiasa betul statement ni. 

Selalunya kita sebagai pengguna / pelanggan tak berapa nak kisah pun bila dapat atau tak dapat resit selepas transaksi jual beli kan. Kalau betul-betul nak mintak resit pun atas tujuan tertentu contohnya nak buat tuntutan elaun di pejabat, rekod perbelanjaan dan sebagainya. 

Tapi statement luarbiasa di atas betul-betul berlaku di sebuah restoran di Malaysia ni. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni.


Lokasi kejadian di Restoran D'Paya Serai, sebuah restoran berkonsepkan layan diri yang terletak di bahagian belakang Stesen Minyak Petronas Lebuhraya Karak (arah KL - Karak). Kalau tak silap, sepanjang highway ni ada 2 stesen minyak Petronas. Satu terletak di Hentian R&R Genting Sempah, satu lagi standalone, lokasinya tak berapa jauh selepas hentian R&R tersebut. So jangan konfius ok. Aku pun baru tau kat stesen minyak ni ada restoran kat belakang. Tu pun bos yang bagitau, dia pernah makan kat sini sebelum ni.


Makanannya pun banyak pilihan, semuanya konsep layan diri, sila cedok sendiri ikut selesa masing-masing.


Dengan harapan agar cashier tu lupa nak kasi resit. Jangkaan aku meleset sama sekali. Agaknya cashier kat sini memang betul-betul aware pasal resit kot. Dibuatnya tiba-tiba stok kertas print carbon abis camne eh. Untungla kot sape-sape yang dapat. Tapi notis tu dah siap tulis "mengikut terma dan syarat". So fikir logiklah eh :)

Sila buat muka tak bersalah tuntut voucher RM100 kat tokei restoran tu kalau tak diberi resit hahaha.


Ni breakfast yang aku bedal masa tu. Harga tak tau sebab bos belanja. Terima kasih bos! Oh ya, kejadian ni berlaku minggu lepas masa kitorang (aku, ofismate n bos) dalam perjalanan ke site projek kat Karak. Jauh gak perjalanannya sampai nak ke sempadan Negeri Sembilan. Fuhh letih woo aku drive. 


Oooo... baru tau rupanya food court tu balai makan. Biasanya aku panggil medan selera. Ikut suka masing-masinglah janji bayar dulu sebelum makan ye...

Ada sape-sape yang dah singgah makan sini? Ada sape-sape yang pernah dapat voucher RM100 tu? Bertuahla empunya badan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...