Friday 17 August 2012

Bilik Aku Bakal Menandingi Bilik Yuna

Cerita kat entri ni tak habis lagi. Yang ni kesinambungan kisahnya.

Seperti yang aku beritahu aku tak balik dengan tangan kosong kan. Di samping door gift yang aku dapat tu, aku bawak satu pembaharuan untuk rumah aku nanti. Ingat lagi dalam entri tu aku cerita pasal happy hour. Kalau tak tau cepat belek sekarang.


Rasa macam ralat kalau lepaskan peluang ni. 70% less perabot Macy sape nak bagi? Happy hour 2 jam aje kot. Barang baru lagi tu. Tambahan pula design inspiration by celebrity. Kira macam limited edition la ni kan. Mau tak tergugat nafsu aku. Bonus raya baru je dapat kan. Sajalah nak lekatkan duit bonus kat Macy ni. Nampak sikit barangnya hasil duit bonus tu. Terima kasih kerajaan Malaysia!!!


Dipendekkan cerita, hati berkenan dengan item yang 70% jek. Hehehe...pastu tengok-tengok price storage bench tu boleh tahan juga. Oh ya...lupa nak kasitau storage bench tu inspiration by Yuna ok...Geram punya pasal Yuna tak datang, jadi aku sambar ajelah storage bench tu hehehe...takde maknanya Yuna oii...Padahal sebabnya harga asal bench tu RM799, so after discount 70% cuma RM239.70. Berbaloi kan. Aku rasa kalau harga RM799 telan air liur nak membayarnye.

Haaa...inilah ghopenye bench Yuna tu. Agaknya bilik aku nanti setaraflah dengan bilik Yuna kan. Boleh la aku cari ilham buat lagu. Ecececeh....apakah motifnya?

Memang verangan nak ada bench nih. Kalo tengok citer omputeh ke cite pasal orang kaya-kaya ke, kat bilik diorang kan ada letak bench macam ni kat kaki katil. Nampak cantik aje kan. Pastu kan dalam bench tu boleh bukak tempat storage - korang boleh sumbat segala mak nenek barang yang ada selagi muat. Dah bosan duduk atas katil boleh duduk atas bench ni pulak kekdahnya. *feeling macam eric leong* Tapi kan eric leong dah abis decor-decor pasang plak lilin pastu letak atas bench tu. Motif??? Nak kasi rumah terbakar kot.

Meh sini nak habaq hang. Untuk sapa-sapa yang tak tau, kat semua barang, tak kisah la perabot ke, kain langsir ke, kain table runner ke, sarung bantal ke, akan diletakkan tagging Macy.

Tapi yang bestnya kali ni, atas kejayaan aku menyambar strorage bench special edition ni (special edition la sangat), bersempena dengan Inspiration by Yuna maka storage bench aku kali ni pun special jugak kekdahnya. Malas nak cerita banyak, di setiap gambar ada lagu. Siap tagging sign Yuna ok.


Motif besarkan gambar ni? Korang sila jeles sekarang....

Walaupun Yuna tak datang, aku tetap angkat bench ni. Cuba bayangkan kalau Yuna ada time tu, confirm aku angkat semua bedroom set Yuna ni. Kalau Yuna baca entri aku ni, sila ambil maklum :)


Aku ni cerita je lebih. Walaupun bench tu ready stock. tapi tak bawak balik lagi. Sebabnya rumah still on upgrading works, dah abis semua kerja nanti baru la aku angkat dari Macy nanti. Tapi takpe, bilik aku bakal menandingi bilik Yuna. Tengoklah nanti, aku bakal hasilkan lagu sehebat Yuna *poyo*


Kalau korang berminat nak dapatkan Celebrity Inspiration edition ni, promotion ni still on going until 2/9/12. Tapi diskaunnya tak dapat la macam happy hour tu. Kalau nak tau info terkini boleh refer kat http://www.macy.my/.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...