Satu hari ni aku pun dah tak ingat bila, balik dari sembahyang jumaat, terus on tv. Masa tu tv1 tayangkan video klip nasyid, almaklumlah hari jumaat yang mulia ni. Layankan ajelah.*mood budak sekolah agama*
Di akhir rancangan (sempat tengok kejap jek), keluarlah satu video klip kumpulan nasyid ni, lagunya sangat best. Dah tahap menjiwai watak budak sekolah agama yang sangat baik giler. Kumpulan ape ni? Macam inteam jek tapi apsal 2 orang jek groupnye.
Kat Malaysia ni kan banyak sangat group nasyid. Ingat masa-masa kecik dulu kaset nasyid ni jual kat pasar tani jek kat department buku agama (memandai je cakap department). Lepas tu dimainstreamkan oleh Raihan pastu Rabbani, Hijjaz dan macam-macam lagi mengikut trend masa tu. Siap ada lagu cintan-cintun versi nasyid. Kumpulan apakah itu?
Berbalik pada cerita tadi. Sebab lagu tu best sangat, aku pun dah lama tak mengikuti arena nasyid ni, mungkin grup nasyid baru tapi tak dipublisitikan, telahan aku. Bila tengok video klip tu, aku rasa liriknya sangat tersentuh hati , sangat bermotivasi dan mengingatkan tentang hubungan manusia dengan Allah. *touching beb*
Dengan semangat waja nasyid, aku pun menggunakan kepakaran menggugel. Zasss....sekejap je dah dapat info. Bila tengok video klip kat tv tu, memang 110% aku cakap ni group nasyid Malaysia, sekali group nasyid dari Bandung, Indonesia daa. Silap sudah.... Sebab apa aku tengok video tu berlatar belakangkan KL. Hmmmm...boleh tahan group ni dah melepasi pasaran Malaysia.
Aku dah start suka dengan lagu ni. Tajuknya Muhasabah Cinta by Edcoustic. Lagu tu memang aku boleh layan hari-hari. Bertepatan dengan bulan Ramadhan yang mulia ni tetiba jadi baik je nak dengar lagu nasyid kan. Haha....Ape-ape pun lagu ni memang patut dihayati penuh mendalam makna liriknya itu. Lagu ni sangat memotivasikan diri aku. Bila rasa lemau tu silalah dengar lagu ini ya.
Muhasabah Cinta by Edcoustic
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
No comments:
Post a Comment