Jumaat lepas dapat sms dari wife ajak gi Macy Balakong. Dia dapat info dari Fanpage FB Rashidi Ishak katanya Shidi n Vanidah Imran *sweet celebrity couple* akan berada di Macy pada hari esoknya (Sabtu - 11/8/12).
Hmmm....menarik jugak, bukan sebab nak jumpe retis sangat pun, sebab masa event tu, kita boleh dapat:-
Hmmm....menarik jugak, bukan sebab nak jumpe retis sangat pun, sebab masa event tu, kita boleh dapat:-
#free registration member card. (lepas ni sakanlah shopping kat Macy)
#shopping bag (sangat ok beg itu. boleh letak macam-macam. Better than IKEA shopping bag)
#voucher RM50 (yang ni kena beli barang RM1000 ke atas baru boleh guna voucher. Pandainya korang Macy oii)
#sampul duit raya (siap sign autograph by Macy Celebrity - Shidi + Vee, Yuna, Jojo Struys and Chui Ling)
Dan paling best, diadakan jualan diskaun 50% - 70% untuk semua range produk Celebrity Inspiration. Yang ni aku sangat teruja. Ingat senang-senang ke Macy nak bagi diskaun sampai 70%. Tapi limited time only, pada hari Sabtu tu sahaja dari pukul 1 sampai 3 petang. Kira happy hour la ni kan. Sebab tulah tujuan aku berada di situ nak tengok apa dia produk Celebrity Inspiration ni.
Of course la barang-barang kat Macy ni memang la mahal tetapi jika dilihat pada kualiti dan designnya memang rasa nak sambar je tapi apakan daya ongkosnya enggak mengijinkan gue. Tapi usah hawatir, pada masa-masa tertentu Macy akan buat mengadakan obral yang cukup menjamin keselesaan saku anda.
Nak tengok design yang mengikut citarasa dan sentuhan para Celebrity Macy ni? Saksikan....
Bilik untuk anak-anak inspirasi Vee & Shidi |
Inspirasi Yuna yang mahukan "Comfort Zone" katanya |
Inspirasi Dinign Area Chui Ling. Rasa nak tidur je kat meja makan ni |
Dining set inspirasi Jojo Struys |
Wife memang minat dengan Vee ni. Pernah tengok live masa tengok teater Cuci The Musical tapi dari jauh je pasal ramai orang. Kali ni hamekaw dapat bertegur sapa siap bergambar lagi. Tertunailah hasrat di hati isteri....
Eh...ehh aku pun takmo kalah hokey!
2 pasangan serasi bersama gitu
Balik dengan tangan kosong? Tidak sama sekali. Sempatlah sambar satu barang ni during happy hour tu. Akan update kemudian.
No comments:
Post a Comment