Monday 6 August 2012

Fakta Menarik Mengenai Nuzul Quran Tahun 2012

Diam tak diam sudah 17 hari kita berpuasa kan. Blog ni pun ape kurangnya, diam je memanjang macam tuannya puasa jugak kan. Lama gila tak hapdet hehe...
Langsung tak terasa dah setengah bulan kita mengharungi Ramadhan tahun ni. Apa yang pasti raya kali ni merasalah bonus setengah bulan gaji *winkwink* Alhamdulillah....
Bersempena sambutan Nuzul Quran pada hari ni 17 Ramadhan 1433H aku nak sharekan info mengenai Al-Quran ni. Masa bersiap-siap pagi tadi nak pergi kerja dalam mood malas, (Monday Blues - aku sangat jeles dengan orang Selangor ok) layanlah MHI TV3. Masa tengah-tengah siap tu dengar Ally Iskandar bacakan trivia   mengenai Al-Quran dan aku sangat teruja lalu nak amik kamera tangkap gambar tentang info yang ditunjukkan kat skrin tv tapi tak sempat nak snap *hampa hatiku*. Antara fakta menarik yang masih segar dalam ingatan aku ialah:-
Tarikh diturunkan Al-Quran = 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah = 6 Ogos 610 Masihi
Nampak tak ape yang menarik di situ?
Kebetulan hari ni kan 6 Ogos 2012. Kalau ikut perkiraan masihi sudah 1402 tahun peristiwa ini berlaku kan. Dikhabarkan juga, Al-Quran diturunkan juga pada malam Isnin 17 Ramadhan tersebut. Kebetulan lagi. Wallahualam....

Lagi info mengenai Al-Quran:-

Jumlah Surah Dalam Al-Quran: 114 surah

Bilangan Juzuk: 30 Juzuk

Bilangan Ayat: 6666 Ayat

Tempat di turunkan: Di Mekah dan Madinah

Tempoh diturunkan: 23 Tahun (12 tahun 5 bulan 13 hari di Mekah manakala 9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah)



AB: Selamat menjalani ibadah puasa. Entri kali ni meriah dengan warna-warna. Almaklumlah feeling raya Ahaks

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...