Thursday, 16 August 2012

Mood Raya Sudah Mari

Arini aku last day kerja. Bukan nak berenti kerjainye pun aduyai, tapi kan dah nak dekat raya ni. Aku dah apply cuti start esok 17/8 sampai 28/8. Pastu ingat minggu selepas cuti Merdeka aku ingat nak sambung cuti lagi. Sakan ye kau alan. Ye la kan, cuti aku banyak ada 26 hari lagi baki. Tapi ini cuma planning aje, pokok pangkalnya tergantung kepada beban kerja lepas balik cuti raya nanti ataupun dapat kelulusan bos. Harap-harap dapat la cuti nanti. Ada projek mega aku nak kena buat ni Shhh....tak boleh bagitau rahsia.

Arini nak buat kerja pun dah takde mood. Apakan daya. Ramai orang juga berperasaan macam tu kan. So meh aku bawak korang jalan-jalan tengok mood raya kat ofis aku ok. Dah hias macam-macam semangat tol diorang ni.

Yang ni kat luar ofis. Ade 2 belah pintu masuk.



Amacam meriah tak? Belum cukup meriah lagi. Jom kita masuk dalam.



Tengok tu, digantungnya macam-macam. Banyaknya anak bulan kat opis aku ni.

Yang part ni aku paling suka.


Bertabahlah diorang print gambar rumah kampung ni. Ekceli gambar ni kecik je. Pastu diorang bahagikan by grid pastu setiap grid tu diprint saiz A1. Pastu diorang cantum-cantum macam puzzle dan tampal kat dinding ni. Kreatif kan... Barulah terasa suasana nak balik kampung ni. Masakan tidak ramai yang dah start cuti raya. Tak percaya? Meh tengok gambar seterusnya.


Semua orang dah tulis tarikh cuti raya masing-masing. Jarang tengok whiteboard tulis penuh macam ni.

Tahun ni dapat jugak kad raya. Walaupun 1 jek, tapi tetap hepi sebab ada jugak orang nak bagi kan daripada takde langsung hehe...



 Ramai yang dah start bercuti. Menjadi amalan, yang nak bercuti tu bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan wish raya. Begitulah suasana di ofis aku sekarang ni. Didoakan semoga semuanya bergembira dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. setiap masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...