Tuesday 27 December 2011

SBPA : Saya Mesti Pilih

Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau dikenali sebagai SBPA yang sedang heboh diperkatakan oleh warga perkhidmatan awam sekarang. Sistem ini digunapakai bagi memperbaiki dan mengemaskini skim dan tangga gaji Sistem Saraan Malaysia(SSM) selaras dengan transformasi label perkhidmatan awam dan meningkatkan produktiviti warga perkhidmatan awam.

Pendapat aku pulak??? Ade aku kesah. Selagi aku tak bosan dengan kerja yang aku buat sekarang aku dok diam ajelah kat cubicle aku. Kalo bosan-bosan pun aku ngular la kejap gi tengok wayang ke, window shopping ke, survey-survey sales sana sales sini almaklumlah office kat Midvalley (sorry boss pengakuan berani mati hehehe). Dalam pada itu ada sesetengah  pihak yang tak berpuas hati dengan kenaikan gaji contohnya macam CUEPACS of course la diorang ade agenda tersendiri dan nak mempertahankan hak  masing-masing sebagai penjawat awam. Korang selesaikanlah dengan cara baik eh. Ada pula yang berjenaka sinis SBPA ni bermaksud SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN. Tapi aku tak bersuara sebab "I FOLLOWWWW".....aku ni umur setahun jagung je; duduk diam-diam sudah.

Hari ini dalam sejarah. Aku dah sign offer opsyen SBPA. Ini pun bukan sebab aku beriya-iya pun tapi dah arahan pihak admin aku turutkan ajelah. Walau bagaimanapun, hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 23 Disember 2011 (Jumaat) yang lalu, pelaksanaan opsyen SBPA akan dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.

Suasana semasa urusan menandatangi offer SBPA di pejabatku

Kak Nora orang kuat HRMIS
Eh...Gaji korang naik berapa????
Firdaus orang kuat admin

Nak tengok jadual gaji baru? Ini contohnya

Lompat...lompat....lompat si katak lompat

Antara statement paling penting dan perlu pikir masak-masak sebelum pilih. First, pilih umur pencen. Aku pilih aje umur 60 tahun. "Aku berdoa agar Allah panjangkanlah umurku ini, Amin" - Berkhidmat Untuk Negara. Secondly, pilih bersetuju atau tidak SBPA ni.




Akhirnya terjawab sudah segala keraguan, jangan pening-pening.
"SPBA - Saya Mesti Pilih"

Anda Pula Bagaimana?


AB: Gaji aku naik berapa? Adalah sikit ALHAMDULILLAH.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...