Wednesday, 25 January 2012

Bersemangat Dengan PC Baru

Mungkin yang lain sedang dalam mood cuti Tahun Baru Cina, tapi entah kenapa hari ni aura aku nak datang kerja membuak-buak dalam mood happy memandangkan keadaan trafik lancar. Bayangkan aku boleh lengah-lengah bawak kereta nak ke office tup-tup dalam masa 10 minit aku dah sampai. Ajaib!!! Tapi esok lusa belum tau lagi kan. Haha....

Teringat pulak dengan entri ni cerita pasal seronok dapat diari baru di tahun 2012 ni. Kali ni aku nak kongsikan jugak keseronokan bekerja di awal tahun 2012 sebabnya aku dapat PC baru bagi menggantikan PC lama yang low spec. Lama tak tak lama jugak la, PC ni aku dapat masa tahun 2009. Nampak macam best kan tapi lembap giler.

PC lama

PTM bagi PC baru ni 2 minggu lepas. Office aku sekarang suruh kitorang design guna Autocad Civil 3D tapi PC lama ni low spec tak boleh nak running software tu. Member aku cakap kalau nak running Autocad Civil 3D ni kena ada 8GB RAM tapi PC baru ni ada 16GB RAM. Tambah member aku lagi, lagi cantik kalau PC ni tambah graphic card baru superb. Tapi yang ini pun dah kira ok kot. Rasa macam nak cabut je extra RAM tu pasang kat PC rumah aku hehe. Setakat ni aku belum lagi try design guna software ni. Nak polish skill belajar guna Civil 3D barulah boleh design iye tak?

PC baru

Dah lama aku tak mengikuti perkembangan komputer sekarang. Rasanya processor core i5 ni dah cukup hebat la bagi aku setakat ni. Ditambah pula dengan 16GB RAM. Semoga aku lebih bersemangat bekerja dan selaju PC baru ni HAHAHA...

6 comments:

Cik Ila said...

Wah..mesti semangat je buat kerja kan? ;)

alanbaik said...

Yup. Semangat blogging...i mean buat kerja hehe

kak ina kl said...

lajulah kamu buat kerja ek..
kesian wife kamu..muda-muda dah kena penyakit camtu ek..nak buat camner..
wow banyaknya kena bayar..nasib baiklah ada insuran kan..semuga wife kamu cepat sembuh

tgk N3 gi taman burung cam nak bawak anak kecik gi tenguk nanti..tapi harga cam mahal kan

Mr.Clive said...

setailo nampak workstation tu...hohoho

alanbaik said...

- Tak laju mane pun. Time nak balik je laju :)
- Btl. Nasib baik ade insuran. Kalo tak pengsan gak nak byr byk tu.
- Kalau x silap minggu lps sy nmpk promotion KL Bird Park dalam paper metro. Kena potong iklan tu bwk ke kaunter tiket for rebate.

alanbaik said...

Setailo lah sangat. serabut lagi ade. tak amalkan 5S langsung hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...