Saturday 28 April 2012

Temujanji Doktor @ Zabal Urology Clinic, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Susulan daripada Rawatan Batu Karang Di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, pada hari Khamis yang lalu aku telah ke Zabal Urology Clinic, KPJ Tawakkal untuk temujanji doktor. 


Zabal Urology Clinic terletak di Blok Hospital Tawakal yang lama, lot paling hujung sekali di Tingkat 1. Kalau diperhatikan signage Zabal Urology Clinic tu takkan jumpa kat corridor. Untuk pengetahuan, Datuk Dr Hussein Awang Clinic tu = Zabal Urology Clinic.



Temujanji dah dibuat sebelum ni, oleh itu benda penting yang perlu dibawa ialah appointment card dan x-ray film.


Saat didiagnose oleh doktor. Mula-mula doktor tunjuk x-ray film kat lampu. Time tengok x-ray tu baru terang sikit penglihatan aku ni. Terus amik camera dan snap gambar. Doktor pun tunjuklah tempat-tempat batu karang tu bertapa dalam badan aku ni. Setelah diexplainkan, rupa-rupanya batu karang tu ada kat kiri & kanan buah pinggang dan pundi kencing (seperti yang ditunjukkan anak panah). Yang kat buah pinggang tu kecik lagi. Doktor suruh minum air banyak-banyak, kalau boleh biarlah batu tu keluar naturally. Patutlah selama ni aku dok rasa sakit sikit dan kadang-kadang tak selesa kat belah kiri kanan perut. 

Comelnya buah pinggang aku
Dan treatment pecahkan batu karang yang aku buat sebelum ni kat pundi kencing. Doktor tunjukkan lokasi batu karang kat pundi kencing tu. Lepas tengok x-ray, aku baring dan doktor buat ultrasound kat perut aku. Bila tengok monitor, nampaklah batu karang yang berada dalam buah pinggang aku tu. Bila tengok kat kawasan ari-ari, clear. Maknanya doktor bagitau yang batu dalam pundi kencing tu dah pecah dan dah keluar masa aku kencing. Inikah Batu Itu?

Batu Karang Dalam Pundi Kencing
Kat sinilah tempat yang diorang hantar aku buat treatment pecahkan batu karang tu.

Pusat Litotripsi KPJ Tawakkal
Next appointment 6 bulan lagi. Doktor bagitau yang aku memang tak boleh makan daging kambing dan lembu. Yang mengandungi uric acid. Boleh makan lauk ayam dan ikan je. Huhuhu.... Dan yang paling penting aku kena minum banyak air supaya batu karang kat dalam buah pinggang aku tu boleh keluar sendiri. Otherwise aku kena buat laser operation pulak lepas 6 bulan ni batu tu degil nak keluar. 

Untuk pengetahuan, charge kali ni ialah RM100. RM50 untuk consultation dan RM50 untuk ultrasound. Ingatkan orang pregnant je boleh tengok baby diorang. Aku pun boleh kot. Hehehe


p/s: aku dah tanya doktor yang berubat kampung orang tu pegang-pegang perut je terus keluar batu. Doktor cakap tu tak betul sebab ada patient dah berubat cara tu lepas tu dia bawak batu tu jumpa doktor. Then doktor buat ultrasound, tengok-tengok batu tu dok ada lagi kat dalam. Aku pun tak pasti kebenarannya.

2 comments:

Anonymous said...

tuan, ada nk tnya skit la masa tuan buat rwtn batu karang d tawakkal...sakit tak? sbb org kata sakit masa nak masuk stent....plz reply @ email kat saya. mdzam03@yahoo.com

alanbaik said...

@mdzam03,
maafkan saya sebab lambat reply komen ni. Sebenarnya rawatan saya taklah rasa sakit sangat, rasa macam kena gigit semut mungkin disebabkan terasa gelombang yang dikenakan kat bahagian ari-ari. Tapi sebelum tu, saya dah diberi injection bius.

Saya rasa rawatan yang saya buat ni tak sama seperti rawatan stent tu sebab macam kes saya batu tu blocking kat saluran pundi kencing. Seingat saya, doktor bagitau yang bila batu tu block saluran pundi kencing, terasa sakit dan dia akan pecahkan batu tu guna gelombang.

Apa-apa pun, saya cadangkan tuan boleh jumpa doktor urology ataupun jumpa Datuk Dr. Hussein kat Hospital Tawakal. Sangat baik dan sangat membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...