Nak tergelak pun ada, nak sedey pun ada jugak. Ni gara-gara ditegur jiran semalam. Oh ya, untuk yang belum tau, aku baru duduk 2 bulan di kawasan kejiranan baru (tempat dah lama, tapi baru bagi aku) di sebuah rumah apartment di Bandar Sri Permaisuri.
Sambung cerita,
TING!
Pintu lif pun terbuka kat tingkat 3. Tanpa berlengah aku pun bergegas menuju ke pintu rumah aku lalu disapa oleh jiran sebelah rumah, seorang Chindian, nama tak tau (tak peka langsung aku kan) semasa aku terkial-kial bukak pintu grill.
TING!
Pintu lif pun terbuka kat tingkat 3. Tanpa berlengah aku pun bergegas menuju ke pintu rumah aku lalu disapa oleh jiran sebelah rumah, seorang Chindian, nama tak tau (tak peka langsung aku kan) semasa aku terkial-kial bukak pintu grill.
Jiran: Baru balik kerja ke?
AB: Ye. (Dalam hati nak je jawab baru balik jogging)
Jiran: Kerja kat mane?
AB: Kat Mid Valley.
Jiran: Oooo. Kerja kat shopping mane?
Ofkos selalunya mindset kalo kerja kat Mid Valley fikir kerja kat shopping mall kan. Untuk pengetahuan, selain shopping mall dalam Mid Valley dan store-store yang lain, kat Mid Valley tu banyak office, bank, iHeal Medical Centre, slimming centre dan macam-macam lagi.
AB: Hehe...tak. Kerja office.
Kat sini malas aku nak elaborate aku kerja apa, company mane. Nanti rasa macam sesi interview pulak kan. Dah la lama tak update resume.
Jiran: Kerja despatch eh.
AB: ............... Tak. Saya kerja dalam office.
***********
Adushh...camne plak aku telah di'downgrade' oleh jiranku ini. Apa yang tak kena dengan penampilanku ini. Tak mencirikan langsung seorang engineer cabuk kot. Ada aku kesah. Lantaklah apa orang nak describe pasal aku. Tak penting semua tu kan.
Masuk rumah, salam-peluk-cium wife, terus mintak wife tangkap gambar aku immediately. Dia tanya kenapa, tapi aku malas nak bagitau cerita yang sebenar dengan harapan dia baca entry aku ni hehe. Sowi sayangg...
Senget pulak helmet tu. Tak macho langsung |
Macam ni la aku tiap-tiap hari balik rumah. Lepas parking motor, terus naik lif tanpa bukak helmet dan jacket. Bila dah masuk rumah baru bukak semuanya helmet dan jacket. Tujuannya:-
- Nak cepat
- Kadang-kadang bawak banyak barang; cth: shoping barang dapur on the way balik rumah
- Pelupa. Takut tertinggal barang kat motor
- Sorok identiti. Retis ke aku? Hehehe
Hmmm...no wonderlah jiran cakap aku kerja despatch. Asalkan tak bukak helmet tak bukak jacket tu kerjanya despatch eh. Nampak macam despatch ke aku??? Bukan ke despatch ni orang kurus kering supaya senang nak laju bawak motor ke sana sini, kurang beban, safe minyak. Aku ni berat badan berlebihan tahu???
1 comment:
Hahahaha. Klakar betol entry ni. Terkekekekek dlm klia transit ni
Post a Comment