Tuesday 19 June 2012

Lulus Peperiksaan SPA

Si suatu petang kat ofis, terima satu MMS dari isteri.


Aku hanya tersenyum tengok MMS tersebut tanpa membalas sms pun. Beberapa hari sebelum result keluar (boleh check SPA online), aku dah cakap kat wife, dah teka mesti lulus punya exam hari tu. Sebab masa amik wife lepas abis exam tu pam pum pam satu-satu dia cerita kat aku. Macam confident jek masa jawab exam tu. Lagi satu sebab ni haa berkat suami temankan masa pergi exam hari tu --- POYO! Apa-apa pun syukur Alhamdulilah kan.

Dah lulus exam ni, apa langkah seterusnya? Memang susah nak dapat kerja kerajaan sekarang ni. Kiranya diorang nak amik terbaik di kalangan terbaeekkk la kot. Nasib baik time aku dulu takde benda-benda semua ni. 
Ni apa yang aku baca dalam website SPA. Sekarang ni urusan pengambilan perkhidmatan awam dijalankan secara profiling. Maknanya pemohon kena melepasi 4 saringan iaitu:-
  • Tapisan awal
  • Peperiksaan
  • Penilaian Kompetensi (PAC)
  • Temuduga
So, next stage ialah PAC. Apa tu PAC? 
"Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasabahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain." - dipetik dari SPA.
Dengar ceritanya, masa PAC ni diorang akan berkampung 2 hari kat assessment centre tu. Tak taulah betul ke tidak. Surat panggilan PAC ni pun belum sampai lagi. Kalau ikutkan masa last 2 years, masa tu wife aku  attend Voice Test kat Subang Airport - all in English. So kalau kata nak buat apa-apa persiapan pun takde guide, sekarang ni just baca suratkhabar omputeh jek. Lepas tu kitorang pun poyo-poyo borak in English merapu....

2 comments:

Myra Jay said...

Tahniah kat wife, wahhh bukan senang nak lulus exam tu..

MJ ari sabtu ni akan duduki exam SPA :) Apa tip untuk lulus exam ni ye? :)

Myra Jay said...

Hheeee, lalau nak berangan candle light dinner apa salah kan ;) hehee

TQ for your wish :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...