Yahooo!!! Saat yang ditunggu telah tiba. Sebab apa? Ofkoslah sebab hari ni hari gaji. Ok...masa lunch tadi jalan-jalan kat bawah office. Seronok kan office kat Mid Valley. Seronok sebab duit cepat habis hehehe. Tengah jalan-jalan cuci mata, sekali sayup-sayup terpandang dari jauh kat kedai Himalaya ni.
Apa yang tak kena kat kedai ni. Apa yang membuatkan aku terkesima memandang kedai ni. Kejap-kejap aku zoom. Korang tengok kat gambar bawah ni pulak.
Nampak tak??? Himalaya buat Member Day la. Ini sudah bagus. Hari gaji, member day, minyak rambut dan shampoo dah abis. Semua kebetulan. Tapi kenapa aku tak dapat notification.
Untuk makluman, aku pengguna produk Himalaya ni & subscribe as a member since 2011. Aku guna pencuci muka, shampoo dan minyak rambut. Barangnya mahal sikit la dari produk lain tapi bila jadi member, setiap pembelian RM100 dapat RM10 rebate for next purchase. Kalau tak nak guna rebate tu boleh carry forward dengan total rebate yang lain. Takde expired date. Bagus kan. Cakap banyak pun tak guna. Apa yang menarik hari ni.
- Buy 1 Free 1 - selected item. Yang aku tengok produk packaging lama, yang nak expired 2013.
- 10% - normal item.
- PWP - selected item up to 80%
Wow! Banyaknyeeee |
Ape yang aku sambar tadi? Ala barang aku yang dah habis stok. Yang selalu guna.
Dandruff shampoo buy 1 free 1. Dan hair cream 10% off.
Ape lagi yang best? Ofkoslah as a member aku dapat goodie bag. Apa ada dalam goodie bag tu?
Umang-ai, banyaknya shampoo free aku dapat. Wah...bersusunlah stok shampoo kat rumah nanti. Kalau gini, hari-hari mau shampoo. Agak-agak boleh hilang tak kelumumur aku. Pelik betul aku. Apasal la kelulumur kat kepala ni tak hilang-hilang. Tapi berkuranglah sikit kalau pakai shampoo ni. Perlukah aku membotakkan rambut aku? Sape-sape boleh bagi tips@petua?
So, apa tunggu lagi. Sape-sape yang sempat baca entri aku hari ni bolehlah berkunjung ke Himalaya Mid Valley. Tawaran sah sehingga hari ni sahaja, sampai kedai tutup hahaha. Nak subscribe as a new member pun boleh, every purchase RM50 automatik jadi new member. Aktiviti lain boleh buat hair analysis - nak tahu sejauh mana sihatnya rambut korang. Pastu balik korang boleh ukur sejauh mana skala rambut korang (macam iklan kat TV pulak).
3 comments:
gaji...?
rindunya dengan perkataan tu...
uncle wat bisnes ape? Bolehlah saya wat partime hehehe
blh join ke
Post a Comment