Thursday 4 October 2012

Kesian Kat Blog Ni

Ingat nak cipta Malaysia Book of Record dalam kategori blog paling lama tak update, tapi tak sampai hati pulak. Kesian kat blog reader aku. Huh...bajet ko top blogger kat Malaysia ni? Silap besar la *warning diri sendiri*

Faktor-faktor yang mendorong kepada ketidakkemaskinian blog ini ialah:-

1) Internet quota dah mencecah limit. 
Harapkan modem broadband ni memang tak ke mana. Bila dah cecah limit tu nak surf internet pun jadi slow. Kalau dah surf internet pun dah slow, nak update blog pun apatah lagi. Ni gara-gara banyak tengok youtube Gangnam Style la kot.

2) Takde masa terluang di pejabat.
Sebelum ni ada jugak la curi-curi masa update blog kat pejabat. Kalau ada masa tu boleh la susun-susun ayat sikit, nak upload gambar ke. Sejak kebelakangan ni sibuk sikit dengan kerja, meeting, meeting, meeting, kerja, kerja, meeting, kerja, meeting. Saja je tulis ulang-ulang benda yang sama jek.

3) Melayan DVD Drama Korea
Tahukah korang aku sangat addicted dengan cerita Korea? Selalunya banyak tengok movie berbanding drama dengan alasan movie sekejap je nak habiskan. Tengoklah kalau dah jadi macam ni, musim tengah layan drama, memang susah nak abiskan 20 episod tu. Sebab tu kalau dah ada dalam rumah ni mesti teringat-ingat nak habiskan tengok cerita Korea ni.  Cerita yang aku tengah layan ni bertajuk Fly Again atau tajuk lainnya Take Care of Us Captain. Cerita berkisar tentang persahabatan dan percintaan tiga segi antara Co-Pilot, Pilot dan Air Traffic Controller. Wahhh verangan kejap jadi pilot dok dalam kokpit hahaha. Untuk sinopsis lebih lanjut boleh klik sini.

Itulah alasannya. Alamatnya memang blog ni dianaktirikan ajelah jawabye. Kesian kan kat blog ni, kesian lagi kat empunya blog *bluekkk*



Oklah pilot & co-pilot dah pandang tu. Nak take off dah ni. Babai u ols

Fighting!!!
Fighting!!!
Fighting!!!

1 comment:

alifah@along said...

oooooo...ni la kerja nya....best kan...kacak!! hehhehe ...lagu pun layan... kalau ko ada kwn2 yg menyerupai hero ni, rekemen jela kat aku..hahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...