Thursday, 15 March 2012

Audit SIRIM Macam Lucky Draw

Sepanjang dua hari ni memang serabut fikiran aku. Bukan sibuk sebab tugas hakiki, tapi sibuk buat preparation sebab hari ni auditor SIRIM nak datang buat audit SPK certification MS ISO 9001:2008. Alahai...banyaknya projek aku yang shortlisted dalam senarai audit projek. Ada 3 projek aku kena prepare. Nasib baik ada assistant yang boleh diharap. Taklah terkontang kanting sorang-sorang.

Kalau jual 'paper lama' laku ni
Apa perasaan korang bila diaudit. Setakat ni aku pernah kena audit. Tapi audit dalaman aje. Kalau audit SIRIM aku belum pernah kena lagi. Pagi-pagi datang terus sambung update file. Perut memang dah berkeroncong kelaparan tapi takde selera nak makan. Selagi tak setel audit ni, tak senang duduk aku dibuatnya.


Bos pulak ajak masuk meeting dengar apa yang dibincangkan nanti. Nasib baik dah setel checking taklah kelam kabut sangat. Amboi...siap ada welcome bunting lagi. "Kami mengalu-alukan kedatangan anda wahai auditor", padahal dalam hati "apasal la korang datang hari ni huhuhu". Aku rasa bukan aku sorang je yang rasa risau, semua orang kot. Auditor dah sampai lalu diberikan taklimat mengenai background activity cawangan ni. Mic bertukar tangan. Saat yang dinantikan.
Auditor SIRIM yang berbaju batik
Akhirnya auditor pun telek satu persatu list projek cawangan ni. Dan ayat keramat yang aku dengar, auditor nak pilih 1 projek je daripada berpuluh-puluh projek yang ada dalam list. Lega sikit dengar, tapi masih berdebar-debar manalah tau dalam berpuluh-puluh projek tu, projek aku yang dipilih naya dibuatnya. Finally keputusan dah dibuat. Macam tunggu result lucky draw la pulak. Bukan projek aku yang diaudit. Selamat mak nak.

Fuhhh lega. Keluar meeting room dengan senang hati sambil makan nasi lemak dah dah lama menunggu di luar. Siap tambah lagi tu. Kenyang sampai ke petang kalau macam ni. Save poket aku hari ni :)


Sempat skodeng dari luar. Keadaan semasa audit dijalankan. Pandai-pandai la korang jawab eh. Kalau dapat NCR tu cepat-cepat closekan ia. Good luck semua. Tapi rasanya auditor ni baik-baik aje kot. OK, bab audit pun dah setel, simpan balik drawing and file. Sambung balik tugas hakiki lalalalala...

2 comments:

Mr.Clive said...

menghela nafas lega...belum kene audit lagi...hehe XD

Mr.Clive said...

apa cerita audit bro?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...