Wednesday, 28 March 2012

Kerjakan Office....Kerjakan Rumah.....

Hamboiii.....dah lama rasanya tak menulis blog. Tak cukup masa, letih, malas nak bukak laptop. Tu antara sebabnya. Kerjakan office dan kerjakan rumah adalah dua perkara yang berbeza.

Kerjakan office??? Bukan aku kerjakan office tu. Buat sepah, buat bising itu biasa. Tapi aku mengerjakan pekerjaan aku di office. Wahhh ayat peningkatan kerjaya gitew. Serius beb, lately agak busy tapi ada masa untuk mengular. Bukan mengular sebenarnya, tapi mencari mood dan idea. Kerja engineer pun kena cari mood dan idea hokey macam nak cipta lagu.

Partitionku...Sumber Inspirasiku...

Kerjakan rumah pula? Ya betul, mengerjakan rumah. Cuci, cuci dan cuci. Bulan lepas aku dah dapat masuk rumah baru aku. Rumah lelong yang aku bid last year consider rumah baru la bagi aku. Lega rasanya...


Dah macam team Cuci-Cuci The Musical rasanya hehehe...


 Kami cuci cleaner KLCC lalalala

Sebelum tu aku nak bagitau step sebelum kerja cuci mencuci ni. Kebiasaan rumah lelong takde kunci jadi kenalah pikir sendiri macam mana nak masuk rumah tu. Nak pecah masuk tak pandai, tak sampai hati nak rosakkan pintu, jadi aku pun hiredlah tukang kunci. Bagus tukang kunci ni. 



Total ada 2 mangga solex, 1 grill, 4 tombol. 


Dah survey banyak tempat, tukang ni bagi best price kat aku. Done!

Kerja di office yang perlu memerah otak ni letih kan. Hujung minggu pulak cuci rumah letih jugak kan. Kesimpulannya letih fizikal dan mental. Dan bila sebelah malamnya pulak ZZZZzzzzz.... itu pasal la susah nak hapdet blog :). La ni aku tabahkan diri untuk menulis blog.

Sekian.

AB: pernah tak korang bawak balik kerja office ke rumah konon-kononnya urgent nak siapkan. Aku pernah. Tapi peram je dalam beg dan esoknya buat je kat office. Poyo je aku ni.... Tapi sekarang dah tak buat dah sebab tau apa kesudahannya....

1 comment:

man said...

pandai bertukang..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...