Saturday, 10 March 2012

Jualan @ Sale Di IKEA | Dapat Voucher RM5

Hari Khamis lepas tengah surfing internet, ternampak satu iklan IKEA. Rupa-rupanya IKEA tengah buat sale. Sedang elok. Aku tengah berangan nak beli perabot baru la konon-kononnya. Selera riban-riban nak pakai barang IKEA la sangat kan. Hari tu jugak aku bersemangat nak pergi IKEA.



Sale bermula 8hb sampai 25hb Mac ni. Lagi la rasa meroyan sebab boleh dapat voucher RM5 kan. Bukan senang nak dapat voucher IKEA kan. Tapi ada caranya.



Mula-mula, jangan survey barang. Pergi makan dulu. Ya murid-murid, pergi makan. Makan kat mana? Makan kat food court IKEA. Makan apa sahaja yang korang suka dengan syarat makan lebih daripada RM20. Pastu bila nak bayar, cashier tu akan bagi voucher RM5 kat korang. Kalau dia tak bagi gak sama ada dia lupa atau saje buat-buat lupa nak bagi takpun korang beli makanan kurang daripada RM20. Ingat! "beli makanan lebih RM20 dan dapatkan RM5 voucher". Kenyangkan perut dan dapat voucher. OK what???



Inilah rupa voucher yang aku dapat tu. Lupa nak bagitau. Syarat-syarat lain ialah voucher ni valid on same date korang makan kat food court tu. Di samping tu, voucher ni korang boleh dapat on weekdays jek. Kalau korang berhajat nak pergi IKEA on weekend tak dapatlah nak gunakan konsep "EAT YOUR DISCOUNT" ni. Tawaran sah dari hari Isnin sampai Jumaat sahaja.

Perut dah kenyang, voucher pun dah dapat. Jom kita gi shopping riban-riban. Tak sabar nak sambar sofa 3 seater yang harga RM2000 itu. Pusing punya pusing, finally aku berkenan dengan sofa ini.



Haha ini bukan sofa, ini laundry basket. Ok la tu kan. Harga promosi RM11.90 tolak voucher RM5 so dapatlah dengan harga RM6.90. Alahai... Buat masa sekarang aku hanya mampu berangan nak pakai sofa IKEA jer. Sekian, terima kasih.

p/s: bersiaran dari Pusrawi. Wife aku still menjalani fisioterapi.


posted from Bloggeroid

4 comments:

Anonymous said...

banyak kah barang on sale? barang baby ada tak diskaun nya?

alanbaik said...

Adelah jugak. Tapi offer untuk member card (credit card ikea) lagi best. Barang baby tak perasan la pulak

Sharidawati Shahrudin said...

beb opis aku kat IKANO lah.. ko ada perasan travel agent ms on de way ke IKEA? hehe

alanbaik said...

Sha: mmg aritu dah carik. Dah lepas office hour office dh tutup la. Next time eh blanje karipap IKEA boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...