Sunday, 20 November 2011

Jalan-Jalan | Firefly Park Resort, Kuala Selangor

Entry kali ni aku share pengamalan aku pergi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor. Bulan lepas deal4real offer pakej dinner and boat ride for 4 pax kat Firefly Park Resort, Kuala Selangor. Wife teringin nak gi so aku belilah pakej tu dan bermulalah episod jalan-jalan cari makan kami. 
Booking dah dibuat, kami bergerak dari rumah pada petang 7/11/2011 yang lalu sempena nak meraikan belated birthday duduk semeja bersama-sama. Orang yang diraikan tak lain tak bukan; wife (19/10) dan mak aku (28/10).

Perjalanan dari rumah ke Firefly Park Resort mengambil masa selama 1 jam melalui Lebuhraya Latar menuju ke Kuala Selangor dan berpandukan GPS. Sebagai pedoman, kalo dari arah KL, simpang jalan masuk ke Firefly Park Resort ni berada di sebelah kanan. Kalo dah melepasi jambatan Kuala Selangor tu tak payah la bawak laju-laju dan stay kat lorong kanan. Tak jauh selepas tu ade simpang ke kanan Jalan Bukit Belimbing. Jangan risau sebab sampai je kat simpang 3 dari Ijok tu memang dah boleh nampak signboard nak ke tempat ni. Selalu balik kampung lalu jalan ni tapi tak pernah tau pun tempat ni hihihi...

Mula-mula sampai (dalam pukul 6.30 ptg), kaunter tiket boat ride belum bukak lagi tapi tengok ramai yang dah start beratur. Disebabkan kami pergi by package, kami layan dinner dulu. Dinner ni ada nasi + 5 lauk + tembikai. + chinese tea. OK la tu kan. Kalo tak silap, last dinner serve pukul 9.30 malam.


Lepas abis makan, nak gi semayang Maghrib. Kata pekerja kat situ, surau ada disediakan. Sekali tengok…mak aaii!!! Takde rupa surau pun. Tak terurus. Tempat amik wuduk pun takde kena masuk dalam public toilet. Tak mesra alam langsung. So kitorang decide keluar semayang kat masjid. Aku perasan masa nak datang sini ade masjid tak berapa jauh dari tempat ni, nasib baikkk… (Google: Masjid Nurul Hasanah Bukit Belimbing) Lepas semayang Maghrib, masuk balik dan terus gi kaunter untuk dapatkan voucher naik boat.





Sampai je kat jetty, keadaan tetiba jadi senyap. Cahaya lampu makin kurang. Semua orang dah standby pakai life jacket. Semua orang dah masuk dalam bot, so tunggu ape lagi. Sightseeing... Bot bergerak agak perlahan dan tak bising macam motor bot biasa. Guna battery power agaknya. Adelah dalam 30minit dok atas bot tu pusing-pusing kat tepi sungai yang tenang je…. “Ade buaya ke???” kata aku dalam hati.


Subhanallah…. Pengalaman yang sungguh indah dapat tengok kelip-kelip live macam iklan TNB. Tapi kitorang datang tak kena time sebab kelip-kelip tak berapa banyak nak ada. Brader yang bawak bot tu cakap sebab time aku datang tu bulan terang. So kelip-kelip malu nak keluar kot. So kalo korang nak datang tengok kelip-kelip tu silalah check dulu kalendar Islam eh datang time hujung & awal bulan tu memang cantik la.

Berikut merupakan info berguna mengenai kelip-kelip ni. Credit to the brader yang bawak bot dan mak aku atas info yang diberi.
  • Kat dunia yang fana ni, spesies ni hanya terdapat di 2 tempat je iaitu di Kuala Selangor dan di hutan Amazon.
  • Kelip-kelip dan kunang-kunang adalah spesies yang sama tapi tak serupa. Kelip-kelip mempunyai saiz yang kecik daripada kunang-kunang. Kunang-kunang yang biasa kita tengok kat kampung tu busuk skit baunya.
  • Kelip-kelip tu hidup kat pokok berembang. Pokok berembang tu pulak hidup kat tepi-tepi air kawasan berpaya.
  • Kelip-kelip makan pucuk daun berembang. Sebab tu dia ade kat pokok berembang je.
  • Bila time bulan terang, kelip-kelip nampak sikit je. Kalo time bulan gelap baru nampak banyak & cantik je pokok berembang tu dah macam pokok krismas plak.
  • Kate brader bot tu, kelip-kelip ni alah dengan kamera. Kalo amik gambar, nanti kelip-kelip ni merajuk pastu mati. Aku rasa la, kalo korang tangkap gambar guna flash memang takkan nampak kelip-kelip pun sebab kalo dah terang flash mana nak nampak kelip-kelip dalam gambar tu kan. Kat kawasan kelip-kelip ni memang ade signboard strictly no camera. Tapi aku ade gak amik gambar off flash tapi tak nampak gak kelip-kelip.
Eheh...ade pulak pantun dan lagu pasal kelip-kelip ni. Layannnn...

“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana sumbunya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...