Petang semalam aku attend 1 meeting projek yang nak start construction by early next year. Urgent katanya. Harap2 projek ni takde masalah nak on.
Pendekkan cerita, projek ni ade 2 fasa; fasa 1 dah siap, end user pun dah duduk. Yang ni sambungan fasa 2 ni guna kontraktor & consultant yang sama time fasa 1 dulu. Senang kot sebab kontraktor & consultant dah ade experience dan tau environment site ni agaknya (tak taulah kalo ade kepentingan politik huhuhu).
Berbalik pasal kejadian masa meeting tu, adelah timbul isu dimana timeframe untuk nego stage terpaksa dianjak dek kerana scope mechanical belum close NCR. Sebelum nak nego makesure semua disiplin (arkitek, c&s, m&e, qs) kena close NCR on design proposal. PANGPUMPANGPUMPANG.... Acara tembak menembak berlaku dalam meeting room. Ape yang aku dapat simpulkan disini ialah:-
- Project Team - kena pastikan semua disiplin close NCR pastu nak meeting price nego with top management. Nak kejar due date (takut effect KPI agaknye...) Kalo lambat nego, lambatlah surat niat @ award projek, lambatlah start construction. Nak deal dgn client lagi.
- Design Team - nak finalise design. check consultant comply need statement ke tak. Selagi consultant tak comply kena resubmit design proposal pastu tak boleh nak close NCR.
- Kontraktor & Consultant - bila ada komen by design team, nak amend drawing, nak resubmit, mintak tempoh nak siapkan kerja. Delay lagikkkk....
"Tak boleh jadi ni, kena siapkan cepat, minggu depan nak nego dah", kata Mr. Chairman. Pastu sorang bos ni pun cakap "nampak gaya kita kenalah nego masa dulu pastu baru boleh nego harga". "mmm...aku sokong kata-kata itu", kata aku dalam hati.
Negotiate itu penting. Kalo tak, ape pun tak boleh....
Negotiate itu penting. Kalo tak, ape pun tak boleh....
Quote Of The Day yang sempat aku catitkan |
No comments:
Post a Comment