Tuesday, 1 November 2011

Family Day Punya Cerita

29 & 30 Oktober yang lalu, family day opis aku telah diadakan di Tiara Beach Resort selama 2D1N. Apa yang aku boleh katakan family day ini mencetuskan sedikit ketidakpuasan hati aku dan ia merupakan family day yang paling tak best yang pernah aku join setakat ini. Mungkin dek kerana umur organisasi opis aku yang baru setahun jagung (ye ke???) dan ni kira 1st time wat family day yang agak 'grand' menjadikan bunyi-bunyi yang tak sedap didengar oleh mulut kebanyakan orang termasuklah aku...

Pada hari pertama (29/10/11) berlangsungnya Mesyuarat Pegawai Pengurusan & Profesional dan Sokongan. Mesyuarat ni start dari pukul 10.30 pagi sampai 6.00 ptg. Awal2 lagi Chairman dah inform meeting ni taklah nampak real meeting macam kat opis pun dan lebih kepada pembentangan kertas kerja dan seminar dari setiap division/unit. So just listen, rilex & santai. Ada masa tu aku interested nak dengar dan ada masa tu aku rasa boring. Nak pulak tengok jam dah pukul 5 lebih lagilah aku jadi gelisah dan x senang duduk membayangkan family yang tengah dok wat apa la kat bilik tu dan swimming pool.

Memang dah plan nak mandi pool n gi pasar malam kat Telok Kemang lepas abis meeting. Tapi masa tak mengizinkan, so kitorang 1 family decide nak jalan kat pasar malam je. Pasar malam kat situ memang happening. Tapi tak bawak kamera nak snap gambar. Beli makan ringan, apam balik Tokyo (aku panggil apam balik doraemon sebab rupa macam dorayaki), air susu segar yang akak aku kirim sebab susah dah nak jumpa (keluaran Jabatan Veterinar yang penutup biru tu) siap beli 20 botol tak hengat...

Malam tu ade dinner. Ikutkan majlis start pukul pukul 8.00 mlm tapi kitorang masuk dewan pukul 9.00 mlm. Ah sudah....skali bukak pintu punyalah ramai orang, mata aku melilau dok cari seat kosong yang hampir penuh. Fuhh..lega dapat seat.

Hari ke-2 (30/10/11) baru feel sikit family day. Pagi tu ade senamrobik diketuai oleh instuctor bidan terjun manalah diorang kutip pun aku tak tau lah. Sangat menjengkelkan aku rasa. Pastu bermulalah sukaneka hooreyy. Aku join game kanggaru kiut je. Itupun setelah diheret oleh brader Sazali. Team kitorang dapat nombor 2. At last dapat gak aku merasa hadiah setelah kecewa xdapat lucky draw time dinner semalam *sigh*

Layan dulu gambar time sukaneka...
Brader Sazali, Sapura, Kak Su. 1 bujang 2 dara

Hijau Itu Selamat
 
Kak Fazela


Bos aku dengan orang JPAM tengah diskus pasal projek
A caring father: Amaludin with Alya

Munir dok ngayat bini orang ke tu???
Seronok betul mamat ni main game
Kak Su dah macam ahli PBSM
Adie n wife
Dol
Gaya Pengarah Kanan main bowling
Adie takmo kalah
Adie dengan bangganya baru tau guna chopstick
Masa orang lain dok main sukaneka, aku pulak balas dendam mandi pool hahaha...amekaw lagi seronok mandi aku rasa. Bayar mahal kot. Lepas check out pukul 1 lebih, kitorang 1 family lunch+gi kedai t-shirt print PD+jalan-jalan tepi pantai kat Telok Kemang. Makan nasi campur biasa je tapi mahal nak mam. Tiba-tiba hujan lebat tak dapat la nak feeling tepi pantai :-( .

Pastu belum nak balik umah lagi. Ade destinasi seterusnya.....umah akak aku kat Enstek. Dia wat makan-makan sambut birthday anak buah aku no.6 Afif 1yo. Happy Birthday Afif!!!

Akhirnya kitorang sampai umah jam 11.30 malam ZzZzZzZ Sekian........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...