Alhamdulillah....pagi ni selesai mengikuti solat sunat Aidiladha di masjid. Dalam pada itu, hairan aku dibuatnya. Kenapalah ada segelintir jemaah belah gitu je lepas solat. Apalah salahnya dok dengar khutbah kejap. Setahun 2 kali je kot (kalo kira aidilfitri sekali) cubalah amik peluang ni. Kalo foreigner tu sedia maklum lah maybe boleh excuse sebab tak faham kot teks yang khatib baca, ini pulak orang kita.
Seperti biasa, khutbah ni satu peringatan buat kita. Basicly kita dengar kisah Aidiladha ni punya sejarah tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Tapi pagi tadi masa khutbah baru aku tau rupa-rupanya Nabi Ibrahim dilahirkan di selatan Iraq sekitar 4000 tahun lalu, di Kota Karbala. Lepas tu baginda berhijrah ke Palestin, Mesir dan kembali semula ke Palestin. Setelah beberapa lama, Allah SWT telah memerintahkan baginda berhijrah ke sebuah lembah yang tandus yang dikenali sebagai Mekah yang jaraknya sekitar 1230 km dari Masjid al-Aqsa. Pada masa tu Nabi Ibrahim berumur 85 tahun. Fuhhh...cuba korang bayangkan camnelah pada zaman tu boleh terdaya kudrat & travel sejauh tu. Banyak jugaklah dugaan, cabaran & pengorbanan Nabi Ibrahim antaranya; Dalam usia tua, baginda dikurniakan anak iaitu Nabi Ismail. Lepas tu pulak, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Cuba korang bayangkan dah la susah nak dapat zuriat kan. Kepada korang yang tak sempat nak dengar khutbah @ ter'miss' khutbah tu boleh download kat sini.
Akhir kata, Selamat menyambut hari raya aidiladha. Selamat menjalani ibadah korban disamping menghayati erti pengorbanan dalam diri kita semua. Dan selamat bercuti...... :)
No comments:
Post a Comment