Sunday 20 November 2011

Clarks Warehouse Sale

Dia hijau...Dia bukan toyol...Dia kotak kasut... CLARKS!!!
Lately aku sangat suka pakai Clarks. Setakat ni ade 3 pasang semuanya. 1 hantaran masa kawin. Yang ni tak pakai lagi sebab sayang. Wife aku pun dah bising-bising sebab aku tak pakai. Sori eh sayang... 2 lagi aku sambar kat Clarks Warehouse Sales masa bulan 5 tahun ni jugak kat Corus Hotel, Jln Ampang.
So entri kali sangat mengujakan sebab pada 18/11 (Jumaat) yang lalu aku telah terjah Clarks Warehouse Sales kat Jaya One. Ni kira kali ke-2 dalam tahun ni aku gi Clarks Warehouse Sales. 
Kenapa aku sangat teruja??? Sebab kat tempat macam ni je lah aku mampu nak sambar Clarks, Kalo masuk butik tu pikir 10X nak beli ke tak...last-last tak beli hehehe. Kualiti sama je tapi takdelah latest design macam kat butik tu. Ade aku kesah?

Aku bergerak dari opis seawal jam 9.30 pagi dan sampai Jaya One dalam masa 10 minit. Laju tak laju gak la aku merempit. Aku plan datang awal sebab time ni banyak choice & size. Dengan harapan aku antara orang terawal masuk event hall, tapi jangkaan aku meleset. Sampai-sampai je terkejut katak aku. Ya ampun, queue punyalah panjang sampai ke lot parking. Rupanya ade orang lagi awal datang daripada aku. aku tanya pak guard pukul 8 lebih dah ada orang datang. What the........ Aku rasa lebih 1km kot queue masa tu.


Masa ni aku baru start queue
Masih lagi kat parking area
Panas weh. Bilalah boleh masuk building ni...
OHEMJI
Pergi tempat gini wajib bawak isteri. Orang paling gigih dan tabah beratur senyum je
Nak dekat sampai checkpoint
Cuba bayangkan. Sejam lepas queue baru dapat masuk dalam hall. Sabar je lah demi mendapat kasut Clarks yang harga murah hahaha... Bila dah masuk dalam pulak boleh tahan la sesaknya.

Berdoyon-doyon manusia
Kotak hijau harus di'clearance'kan
Price list. Memang murah beb
 Aku nak komen pasal event ni. First, hall ni tak berapa bagus dari segi ventilation. Panas berpoloh beb. Dah la ramai orang. Setakat pasang kipas tak jalan. Second, cashier slow. Dah la queue nak masuk panjang, queue nak bayar pun panjang gak. Adoyai...

Dapat apa yang dicari, jadi senyum harus sampai ke pipi
Pape pun aku tetap puas hati dapat ganti kasut kerja baru (wife aku lagi puas hati dapat berkotak-kotak). Cukuplah setakat ni harap-harap tahun depan tak gi Warehouse Clarks ni. Bagi peluang kat orang lain pulak hehehe. Kata orang kasut Clarks ni kan tahan lama. Tak gitu?

3 comments:

hunnyhafeez said...

sy la tuh.. seawal 8.30 da smpai.. huhu.. 3rd person in Q ^^

alanbaik said...

hunnyhafeez: semangat betul eh. sambar bape kotak?

hunnyhafeez said...

hahaha.. malu nk ngaku.. 1 je.. actly, hubby yg beria.. tp at last, die xbeli pon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...