Thursday, 2 February 2012

Bahulu Panas Pantai Johor

Daripada tak planning apa-apa, tup-tup beli ikan pekasam dan tengok demo pembikinan kuih karas kat Pekan Rabu. Masa kat Pekan Rabu, tengok ada orang tengah bakar bahulu. Hajat di hati nak beli tapi sebab lambat lagi siap. Mahen pun bawak aku ke kedai bahulu ni - Bahulu Panas Pantai Johor namanya.


Masa sampai sini bahulu dah siap dibungkus. Tapi masih fresh, dibakar pada hari tu jugak. Masa aku datang sini, ramai jugak orang datang beli bahulu. Ada sorang customer tu beli banyak sangat, nak buat jamuan kat office katanya. 



Inilah dia pemilik kedai bahulu, Kak Fauziah yang ramah orangnya.

Senarai harga bahulu biasa dan bahulu ikan
Aku beli 3 bungkus x 20 biji dapatlah RM10.00 diskaun 20 sen hehehe. Selain bahulu, terdapat pelbagai kuih tradisional lain yang dijual disini.

Waktu Urusniaga
Menurut Kak Fauziah, bahulunya tidak menggunakan bahan pengawet. Biasanya kuih bahulu yang dijual boleh bertahan selama seminggu untuk dimakan. Sedap dan lembut bahulu ni. Kalau cicah dengan teh o lagilah umph. Bak kata Boboi Boy, terbaekkkk.

Nombor telefon yang boleh dihubungi
Alamat kedai bahulu panas Kak Fauziah adalah seperti berikut:-

No 73, Seberang Pantai Johor,
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...