12/2/2012 - Hari Ini Usia Perkahwinanku 2 Tahun. Apa yang kami buat sepanjang hari ni? Ish...sibuk je nak tau. Cerita rumahtangga orang mana boleh bagitau hehehe... Sebelum tu nak kasi tau yang wife aku 2, 3 hari sebelumnya dah booking awal-awal slot pada sebelah malam. Tapi bila aku tanya kenapa dia kata "adelah". Bikin saspen la ini worang....
Hari yang ditunggu sudah tiba. Selepas aku mandi, wife menyerahkan sampul kat aku. Ofkos lah itu kad wish anniversary takkan sampul duit raya pulak kan. Tapi kalau dapat duit pun -- mak sukaaaa *wink*wink* Tapi alangkah terkejutnya mak aku bila bukak saje bahagian dalam kad terselit tiket "LAWAK KE DER" kat Istana Budaya malam ni. Patutlah siang-siang lagi wife aku dah booking slot malam sebab nak tengok LAWAK KE DER.... Ni lagi satu nak kai tau tapi malu. Ahhh kasi tau ajelah. Masa baca kad dan tengok tiket tu bergelinangan air mata jantan mak ni noks. Terharu wa cakap lu. Dengan ucapan kat kad dan kesungguhan wife aku membeli tiket tu, dah la seat mahal, seat dekat dengan stage tu.
Kad dan tiket Lawak Ke Der |
Untuk pengetahuan korang, aku memang nak sangat tengok Lawak Ke Der. Nak dijadikan cerita, adelah satu hari tu (4/2/12) aku pergi usha tiket Lawak Ke Der kat Istana Budaya. Hajat di hati memanglah nak beli. Sekali sampai kat kaunter, tengok-tengok tinggal seat yang mahal jek. Tak berpadanan dengan bajet aku masa tu. Ok fine, tak kesahlah sebab tak dapat tengok.
Kereta Tak Boleh Nak Start Kat Istana Budaya |
Lalu aku pun bergegaslah ke tempat parking kereta. Bila nak start keta, adusshhh....kereta tak boleh nak start pulak. Aku tunggu kejap. Start lagi sekali pun tak boleh gak. Aku pun call auto assist, pomen datang check punya check sekali bateri aku kong. Nak jumper pun tak boleh. Sudahnya melayang RM300 beli bateri baru. Memang dah ditakdirkan, nasib baik tak beli tiket, kalau tak mana aku nak cekau duit beli bateri kereta. Still rasa bernasib baik sebab kereta tak boleh nak start kat tempat parking. Kalau panas pun ada tempat berteduh. Kalaulah tiba-tiba terjadi kat tengah jalan, tak ke naya dibuatnya.
Ada hikmah di sebalik kejadian. Bila wife aku tau kereta aku rosak kat Istana Budaya dia tak risau. Yang dia risaukan kalau-kalau aku dah beli tiket yang aku usha tu. Citt... (Mula-mula aku tak bagitau wife pun nak usha tiket kat Istana Budaya. Konon-konon nak buat surprise gak. Sekali hamekko...kereta tak boleh start). Rupa-rupanya menurut wife aku, sebenarnya dia dah beli pun tiket Lawak Ke Der through online sebelum kejadian yang aku ceritakan di atas. Tapi takkanlah dia nak bagitau aku yang dia awal-awal dah beli tiket kan. Kalau tak, tiadalah surprise seperti yang aku rasakan pada hari ini.
Boring ke baca penjelasan aku yang panjang lebar dari cerita kad, tiket pastu tetiba sampai kereta rosak pulak. Ntah pape ntah hehehe...
Ok next. Wife aku macam dah muncung sebab bila dia tanya takde ke bunga aku bagi signal "TAK". Saje je aku nak tengok reaksi dia. Aku memang selalu buat macam tu. Bukan niat nak tipu; gurau jek. Jangan marah aaa...Walhal aku memang dah siap-siap beli pun. So bila keluar rumah, destinasi yang dituju, tak lain tak bukan kedai bunga The Poetry Of Flowers. Pick-up kat branch Prince Court Medical Centre.
Wah! Sukalah tu dapat bunga :)
Bila dah dapat bunga, hati pun rasa gumbira. Tapi harus diingat ya murid-murid, bahawa bunga tersebut langsung tidak mengenyangkan. Sudah tentu perut terasa lapar. Sekali lagi aku telah planning tempat makan tetapi aku sendiri belum pernah pergi ke restoran tersebut. Tetapi dukacita bab tempat makan ni. Memang spoil habis date kitorang kali ni. Begini ceritanya.....
Lepas ambil bunga, terus shoot ke Solaris Dutamas. Lupa nak bagitau nama restorannya Golden Papillon. Kitorang first time datang sini. Bagai nak gila mencari restoran tu. Alangkah terkejut, hampa dan kecewanya aku sampai kat restoran tersebut, aku terbaca iklan di luar kedai. Damn....restoran tu serve beer la pulak. Hilang mood aku. Dah la masing-masing tengah lapar ni kan. Siot tol statement kat streetdeal tu. Tak bagitau pulak restoran ni serve arak. Aku dah rasa was-was. Kalau camni aku nak refund duit aku. Boleh ke???
Pastu ingat lagi tak dalam entri ni aku ceritakan pasal gelang nikah yang dah putus. Sebenarnya aku dah hantar repair, pastu tambah panjang sikit. Pastu saja tunggu hari ni nak bagi wife aku pakai semula gelang ni. Suka betul dia.
Saat kemuncak yang ditunggu - Tak lain tak bukan layan Lawak Ke Der kat Istana Budaya. Ini merupakan showcase terakhir pada malam terakhir Lawak ke Der.
Persoalannya, Lawak ke der? Dan jawapannya, gila tak lawak. Memang pecah panggung melihat persembahan lawak oleh Nabil, Jozan, Boboi dan Harith Iskandar. Dari satu scene ke satu scene cukup menggelikan hati dan menghiburkan.
Dari Kiri: Harith Iskandar, Harun Salim Bachik (Datin Sadiniyah), Adflin Shauki (Datin Maimon), Johan (Acai), Zizan (Mail Lambung), Nabil dan Hans Isaac |
Sekian
No comments:
Post a Comment