Tuesday, 7 February 2012

Dah Lama Rasanya Tak Bawak Motor

Rasanya dah dekat 2 bulan kot aku tak bawak motor. Lately pergi kerja pun naik kereta sebab wife aku belum boleh membonceng lagi gara-gara injured kat tulang belakang dan tendon right shoulder koyak.

Hari ni cuti nak start motor pun susah. Hari ni jugak public holiday so memang plan nak bawak motor pergi servis. Bagi enjin panas dulu baru nak bawak pergi servis.



Tempat favourite orang KL servis motor, beli motor, cari spare part kat Sentul. Aku pun suka beli barang & servis motor kat area sini sebab convinience. Senang, semua benda pasal motor ada kat sini. Pastu boleh survey banyak kedai dulu. Tapi rata-rata harga pun lebih kurang jek.



Motor tengah servis. Banyak jugak nak repair hari ni. Ingatkan setakat tukar minyak hitam, naikkan rantai kendur pastu tukar brake shoe. Rupa-rupanya banyak benda lagi. Rantai spoket tak boleh naikkan kena ganti baru, brake disc depan haus, besi brake belakang bengkok huhuhu.

Tapi takpelah alang-alang repair ajelah walaupun kena keluar duit sikit. Nanti esok-esok motor buat hal aku jugak yang susah.



Motor carik makan ni. Aku guna time study lagi. Banyak jasanya kat aku hehe.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...