"Amboi Alan, sakan engkau jalan kan".
Hehehe...ekceli aku pun tak sangka aku dapat peluang pergi macam-macam tempat kat Alor Setar ni. Mahen punca dan penyebabnya. Katanya dia sanggup habiskan masa sampai waktu sampai flight aku pukul 9.00malam. Tak tergamak aku weh nak suruh dia stay dengan aku lama-lama. Dia pun ada tanggungjawab lain kan.
Ok, aku percaya ramai yang kenal brand kuah rojak Mak Bee ni. Kalau makan jambu ke, mangga muda ke, tak kiralah apa-apa buah sekalipun, pasti sedap kalau dapat cicah kuah rojak Mak Bee ni. Durian pun boleh ke? Gasak korang lah... Manis dan pedas, ada kacang dan dicolek dengan buah bisa kecur air liurku ini.
Masa aku check-in FB masa dok kat Pekan Rabu, officemate aku kirim kuah rojak Mak Bee. Kesian pulak kat member. Walhal masa tu aku dah dalam kereta menuju ke destinasi yang aku request iaitu makan laksa Kedah yang paling best kat Alor Setar ni. Demi tidak menghampakan semua pihak, Mahen pun bawak ke satu tempat yang special jugak ni, kilang membuat kuah rojak Mak Bee.
Bukanlah seperti kilang yang aku bayangkan, tetapi ia merupakan sebuah rumah teres, dimana di kawasan luar rumah yang lapang dijadikan tempat memproses dan menyediakan kuah rojak Mak Bee. Kat dalam rumah pun ada jugak tapi aku tak masuk, skodeng dari luar je, maybe tempat packaging. Sempoi jek Mak Bee ni. Giler tak untung kalau macam ni.
Masa aku sampai, tak nampak pulak ada orang tengah buat kuah rojak ni, tapi aku nampaklah bahan-bahan yang digunakan seperti kacang tanah dan belacan. Belacan dia yang berbungkus plastik hitam tu dah macam simen keras je aku tengok. Kalau bawak kat rumah kita tu bertahun-tahun baru nak habis kot.
Aku tak pasti sama ada makcik inikah empunya nama Mak Bee itu? Aku tak banyak tanya pun kat makcik ni sebab nampak macam tak friendly atau dia seorang yang pemalu. Entah-entah aku yang tak pandai approach makcik ni kot hihihi. Maafkan saya makcik.
Ada mak bee kesah???? Yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. Of course lah harga kuah rojak kat sini lebih murah berbanding kat luar kan. Kalau kat kedai harga RM3.50 - RM4.00 tapi kat sini dapat RM3.00. Kalau beli lagi banyak mesti dapat lagi murah agaknya.
Susun berkotak-kotak. Kencang bisnes Mak Bee ni. Sambutan menggalakkan, sedaplah maknanya tu.
8 comments:
petang sabtu gini sedap gak makan rojak nehh...yummmylicious!
lazatnya makan dengan mangga muda
rojak campor dengan pecahan keropok sedap tau!
Emmm...kalu sesiapa nak kuah rojak mak bee nie bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com nie TQ
Minta maaf, tumpang lalu..jom kita ke produk halal website www.agriplaza.com.my
Minta maaf, tumpang lalu..jom kita ke produk halal website http://www.agriplaza.com.my
https://www.facebook.com/pages/Kuah-Rojak-Airyss/117093491776704
boleh cuba rojak buah airyss..special sebab TANPA BELACAN>
jimbit ko la blog cerita mende merepek makan itu ini
Post a Comment