Sunday, 5 February 2012

Ustaz Don Dalam Program Cinta Masjid TV Al Hijrah di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda



Semalam, aku berkesempatan pergi ke program Cinta Masjid anjuran TV Al Hijrah yang diadakan Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Kuala Lumpur. Dapat info program ni pun daripada banner yang dipasang di sepanjang jalan di kawasan rumah parent aku. Rumah parent pulak memang dalam kawasan kariah Masjid Saidina Hamzah ni. 


Pergi masjid lebih kurang pukul 3.00 petang, masa tu rakaman program 30 Minit Ustaz Don sedang dijalankan. Ala tak syok sebab tak dapat follow dari awal. So dok tengok dari tepi pentas ajelah join krew-krew TV Al Hijrah yang lain. Huhuhu....


Tajuk kuliah santapan rohani yang disampaikan oleh Ustaz Don berkenaan adab di dalam masjid dan diselitkan dengan kisah Nabi Muhammad semperna sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.


Dengan gaya bersungguh-sungguh dan bersahaja Ustaz Don bagi penerangan. Dia ada cara tersendiri dalam menyampaikan ilmu agama ni. Tak macam program agama yang lain di mana kuliah diterangkan sambil penceramah duduk kat kerusi dari awal sampai akhir rancangan. Dengan cara dan gaya yang tersendiri, Ustaz Don memang tak duduk diam. Kejap-kejap duduk, pastu tulis kat whiteboard, pastu buat demo. Tu yang buat penonton bersungguh-sungguh follow program ni. Tapi tak pasti la pulak kalau-kalau diorang buat editing bila keluar kat tv nanti. Kalau tak percaya saksikan gambar yang sempat aku ambil kat bawah ni.


Tengah tunjuk demo cara duduk Rasullullah dalam masjid

Sesi Soal Jawab Pun Face To Face
Memang mantap la ustaz muda ni. Aku rasa dengan cara macam ni dia begitu disenangi oleh semua golongan usia. Wife aku kata dia terdengar perbualan antara Ustaz Don dengan sorang mamat krew ni masa tengah break for iklan, krew ni offer air untuk hilangkan dahaga tapi Ustaz Don menolak dengan alasan "saya tak nak minum sebab diorang (penonton) tengok saya sorang je minum", lebih kurang gitulah ayatnya. Uihh, baguih dok ada, anak sapa la Ustz Don ni. Aku baca post kat FB Ustaz Don ni lecturer kat KUIS kan?

No wonder lah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ramai peminat. 

Frust tak dapat amik gambar dengan ustaz Don. Amik gambar buat background pun jadilah.....

Hari ni pun still ada slot untuk Ustaz Don, kalau tak silap masa announcement semalam dalam pukul 12.00 tengahari kot. Disamping itu, pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari program Program Cinta Masjid kat Masjid Saidina Hamzah. Kalau nak tengok tentatif penuh boleh refer kat www.tvalhijrah.com. Hari ini juga ada sambutan Maulidul Rasul dan majlis perasmian program Cinta Masjid oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Selain itu, terdapat booth-booth pameran dan jualan yang ditempatkan berhadapan masjid. Ada booth TV Al Hijrah, Karangkraf, Sinar Harian, dan lain-lain lagi.

 
Booth-Booth Pameran dan Jualan

Pertandingan Buat Dessert Host by Chef Is Rancangan Menu Alam
Biasalah, macam-macam aktiviti dijalankan, aktiviti kegemaran aku dan wife ialah menjawab soalan. Dapatlah buah tangan hehehe...

YES! 3X

Sebelum balik, isi perut dulu kat kedai Mak Ton depan masjid Saidina Hamzah.

Kesian...tangan kanan injured so kena makan guna tangan kiri
Inilah hasil tangkapan kami, hadiah dari Booth Sinar Harian dan TV Al Hijrah :)



Sempat lagi ni. Jom pakat ramai-ramai kita gi program Cinta Masjid di Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, KL. Kalau boleh hari ni memang aku nak pergi lagi tapi ada kenduri member kawin kat Muar.

AB: Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H. Salam serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Kalimah syahadah tak terlepas dari sebutan kita seharian. Semoga kita sentiasa mendapat lindungan rahmat dan keredhaan Allah SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...