Thursday 29 December 2011

Aku Bersyukur Kerana Mereka Bukan Macam Ku Salmi

Siapakah mereka? Mak dan Mama. Kedua-kedua mereka orang yang aku hormati. Aku suka dan senang hati apabila bersama mereka. Mak, orang yang melahirkan, membesarkan, mendidik, memberi kasih sayang dari kecil hingga dewasa. Zaman kecilku, mak antara orang yang aku geruni (tapi abah lagi aku takut). Nampak sangat betapa degilnya aku masa kecik kan. Bila dah remaja ni (remajakah aku), mak begitu senang didekati. Aku rasa dengan mak lah aku senang bercakap, mengadu, berborak, bergurau senda, tempat bermanja. Aku ulang tempat bermanja ye murid-murid. Takde dah garang-garang macam dulu-dulu macam 'naik hantu' dibuatnya pada ketika itu. Alahai....seronok pulak tetiba teringat zaman kanak-kanak ni hehehe...

Bersama Mak dan Abah
Mama pula merupakan panggilan buat ibu mertuaku. Ibu mertuaku yang sporting pada pandangan aku. Aku juga senang bila bersamanya. Jika diingat masa awal perkahwinan agak kekok sedikit lama-kelamaan dah ok. Mama juga suka berborak macam mak aku jugak. Tapi antara mak mertua dengan bapa mertua (aku panggil Abah Din sebab senang aku membezakan dengan bapa aku yang juga dipanggil abah), aku rasa aku lebih senang berborak dengan mama sebab ade je topik yang diceritakan, selalunya mama yang mulakan dulu topiknya hehe. Abah Din pulak aku rasa macam takde modal nak bercerita, kalo nak cerita pasal bola, sepatah haram pun aku tak tau. Untuk makluman, bapak aku merupakan peminat MU dan EPL sedangkan aku tak suka bola langsung. Sorry Abah Din. Ape-ape pun i like your style Abah Din. Ntahapeapentah aku ni....

Bersama Mama dan Abah Din
Aku bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh ibuku, Puan Hatiah binti Abu dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan anakmu, lantas menjadi ibu mertuaku, Puan Azizah binti Mustaffa. Dan aku bersyukur kerana kalian adalah ibu-ibu yang baik dalam hidupku. Persamaan tentang mereka : Sangat kelakar nak pulak bila menyebut sesuatu perkataan yang susah dalam English contohnya; bunyinya pasti menggelikan hati. Lagi tak boleh blah sebab cara mereka ketika itu sangatlah dengan muka confidence dan innocent. Seperkara lagi mereka ini kadang-kadang dah macam PST (Profeser Serba Tahu) tu yang aku salute tu walaupun sekadar menjadi suri rumah, banyak info yang mereka tahu dari kita yang selalu berada di luar ini. Dan paling kagum ialah mak aku begitu terang hati dalam soal jalan ni. Contohnya kalau kita rasa macam sesat jalan dan tak berapa nak yakin mak aku boleh tunjuk jalan yang betul tak payah guna GPS pun takpe. Kagum kan. Sehinggakan kami kadang-kadang berjenaka menggelar mak aku sebagai polis trafik - semua jalan ceruk mana dia tau :)

Aku terfikir untuk menulis tentang kalian berdua kerana tiba-tiba terasa 'emo' pada minggu ini. 'Emo' dek kerana tension, menyirap, terasa darah naik sampai ke kepala gara-gara melihat watak Ku Salmi lakonan Liza Abdullah dalam drama TENTANG DHIA di TV3. Rasanya kat Malaysia ni ade ke orang yang perangainya macam Ku Salmi? Tak elok dibuat mak mertua lagilah tak semenggah dipanggil mak kandung. Nasib baiklah mak-mak aku tak macam Ku Salmi.  Apa-apapun tahniah buat penulis skrip dan tuan director TENTANG DHIA. Tak lupa juga buat Liza Abdullah kerana lakonan mantap anda. Biasa tengok Liza Abdullah pegang watak lawak-lawak je tapi kali ni watak jahatnya memang berkesan betul. Stress sekejap dibuatnya.....


Cerita Tentang Dhia pun rasanya dah nak sampai ke penghujungnya. Tak sabar pulak nak tunggu Ku Salmi mendapat pembalasan perbuatan jahatnya itu. Sama-sama kita saksikan nanti. Rasa-rasanya ada ke sambungan Tentang Dhia 2. Disamping itu, hari ni (29/12/12) ada live chat bersama Nora Danish dan Adi Putra. Siapa yang tak puas hati tu bolehlah luahkan perasaan korang dan diorang ni. Hehehe...

2 comments:

blog-tips-kurus said...

buat mase ni, dok layan drama Cina 8TV tu je.. :)

alanbaik said...

8TV???
Jarang bukak channel tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...