Wednesday 28 December 2011

Di Sebalik Tabir | Katakan TAKNAK

Baru-ini ini Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan pertandingan fotografi dengan kempen taknak merokok melalui platform nuffnang dan ia terbuka kepada nuffnanger dan mereka perlu membuat entri bergambar berkenaan tema taknak tanpa menggunakan rokok dan kotak rokok sebagai props. 

Nampak menarik bukan. Pada mulanya aku rasa taknak merokok join contest ni memandangkan aku takde seni langsung nak amik gambar ni tapi last-last terfikir macam menarik juga, nak pulak tengok hadiahnya pun boleh tahan, why not aku try kan.

Hujung minggu lalu kebetulan cuti 3 hari - Cuti Krismas. Dateline dah nak dekat 26 December 2011. (Info: Perangai buruk aku suka buat keja last minute). Dengan kesuntukan masa yang ada aku dengan bantuan wife aku fikirkan cara mana amik gambar yang sesuai sebab syaratnya tak boleh guna rokok dan kotak rokok sebagai props.

Ting!!! Idea sudah mari. Kitorang pun merangka proses kerja yang nak dibuat. Mula-mula cari bahan. Modal yang ciput kitorang pun bergegas ke kedai 2 ringgit. Kedai kegemaran ni boleh berjam-jam shopping pulak tu. Barang sudah dapat. Pastu fikirkan tempat yang sesuai untuk shooting. Dalam bilik gunakan polistrene sebagai platform dan background. Kemudian, pergi ke Tanah Perkuburan Islam KL - Karak sebagai latar belakang. Nasib baik dekat je dengan rumah aku. Pastu pergi lepak kedai mamak gunakan ashtray sebagai prop. Keesokan harinya pulak balik ke rumah mertua aku gunakan lanskap rumah sebagai latar belakang. Dah gaya ape ntah aku ni.

Dah siap-siap shooting, post kat blog pulak. Nak post tu pun mesti kena dengan gayanya kan. Ini merupakan kali kedua aku menyertai contest dalam dunia blogging selepas contest ni. Manakala ini kali pertama aku menyertai photo blog contest. Alang-alang menyeluk pekasam, aku submit 4 post sekali gus. Tak taulah boleh submit banyak post ke tidak sebab nuffnang tak bagitau pulak dalam term & condition, "hantam sajalah LABU". Agak-agak sangkut tak salah satu??? Kalo tak menang ape-ape pun takpe, aku seronok sebab dapat join dan menjadi salah seorang peserta dalam contest ni. Suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.

Dalam pada itu ada kesedihannya. Cuti 3 hari ni aku planning nak tengok wayang Ombak Rindu tapi tak kesampaian kerana banyak masa diambil untuk menyiapkan bahan untuk photo blog contest ni. Kasihan isteriku. Agak-agak ade lagi ke Ombak Rindu kat wayang eh....

Link ke photo blog contest yang aku submit:-

  1. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-1.html (scene dalam bedroom aje)
  2. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-2.html (scene kat kawasan kubur)
  3. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-3.html (scene kat kedai mamak)
  4. http://alanbaik.blogspot.com/2011/12/katakan-taknak-4.html (scene kat laman umah mertua aku)
Amekaw!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...