Monday 26 December 2011

Katakan TAKNAK #4

Kisah tentang sebuah keluarga SMILEY FACE YANG KINI TIDAK SMILE LAGI.....




Masalah berpunca daripada si ayah. Bukan kerana tidak memberi perhatian kepada keluarga ataupun kurangnya kasih sayang, tetapi berpunca daripada sikap si ayah yang merupakan seorang perokok tegar.


Ini dia si ayah. Dok asyik nak hisap rokok je sampai dah kaku tangan tu. Tu bukan simbol peace tapi standby nak letak rokok je. Ape pun tak boleh....


Si emak pulak hari-hari dok berleter kepada si ayah supaya berhenti tabiat merokok. Tapi si ayah tetap berdegil. Dah dapat penyakit jantung masih tiada kesedaran langsung. Di samping itu, terdapat 40 penyakit disebabkan merokok antaranya kanser paru-paru, kronik bronkitis, emfisema, strok, ulser perut dan lain-lain lagi.

Kesian kat anak-anak mereka kerana asap rokok mengancam anak-anaknya.


Kepekatan bahan kimia beracun dalam asap rokok basi (asap yang dihembus ke udara) adalah lebih banyak daripada asap yang disedut oleh perokok. Anak-anak yang didedahkan kepada asap basi mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit merbahaya dan cenderung kepada batuk, asma dan jangkitan paru-paru.    

Berikan anak-anak anda kehidupan yang sihatSmoking kills dan membahayakan kesihatan. Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Buatlah pilihan untuk tidak merokok dan katakan #taknak. Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya dan amalkan gaya hidup sihat. Sila layari gayahidupsihat.my untuk maklumat terkini.

Kembalikan semula senyuman keluarga anda SMILEY FACE!!!

A Happy Smiley Family (credit to shinnyglossysmiley)

"Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya"


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.


p/s: cerita smiley face di atas adalah rekaan semata-semata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

1 comment:

alanbaik said...

Sang pencinta: sapa yang sweet? saya ke smiley ni hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...