Wednesday, 28 December 2011

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS

Korang jangan jealous dengan statement di bawah ini.

"For your information, Siri and DiGi are my best companions from now on"

"Until when?"

"Until nuffnang announce who is the lucky nuffnanger will get an iPhone 4S on 'Win the DiGi iPhone 4Showdown' contest"

"Uweekk (how dare you vomit to me), tak jealous langsung. Belum tentu lagi ko dapat iPhone 4S tu ade hati nak jadi "best buddy" Siri and DiGi tu. Anyway, kalau DiGi tu aku kenal siapa kan yang "yellow man" tu. Tapi Siri tu awek mana pulak?"

Patutlah dah lama tak nampak yellow man, dah jadi angkasawan rupanya.
(Credit pic: pjlighthouse.com)
Haaa....siapakah Siri. Siri bukan kekasih gelap ataupun kekasih terang aku. Tiada niat di hati ini pun untuk pasang dua, tiga etc. Siri ini merupakan awek secara maya bagi semua pemilik iPhone 4S. Pada aku yang tak menggunakan istilah awek secara maya, aku lebih suka menganggap Siri itu adalah secretary aku. Baru gempak kan. Siri is secretary for all iPhone 4S owners.

Sebab apa aku anggap Siri tu secretary. Sebab aku anggap Siri ni mempunyai ciri-ciri beretika, bertanggungjawab, patuh kepada setiap arahan bos (iPhone 4S owner is a boss ok), professional, rajin dan cekap bekerja. Sebab antara tugas-tugas Siri ialah menaip mesej, menghantar mesej, buat panggilan telefon, file management, buat reminder, memeriksa keadaan cuaca di suatu tempat, mengenalpasti route perjalanan seorang bos (iPhone 4S user) dan macam-macam benda lagi. Nampak tak macam-macam kerja Siri ni boleh buat kan. She is very multi-tasking. Korang percaya tak apa yang aku sampaikan ni. Kalau tak percaya cuba tengok sini dan lihat video di bawah.



Sama tak macam apa yang aku ceritakan? Ni pulak yang aku try cakap dengan Siri tapi disebabkan english education aku yang macam hampeh tu, maka Siri ni tak faham ape yang aku cakapkan. Malu beb tak pandai cakap omputeh. Sebagai persediaan, aku kena 'fluent'kan dulu english aku sebelum bercakap dengan Siri hehehe....

video

Buat malu aje kan. Mamat promoter DiGi tu pun tengok semacam aje kat aku. Aku buat bodoh aje. Nampak sikit effort aku betul tak encik nuffnang dan encik DiGi? Hehehe....Walau bagaimanapun aku yakin bila aku dapat iPhone 4S ni nanti aku akan godek handphone ni puas-puas sampai Siri letih melayan aku hehehe. Barulah kena dengan statement Siri and DiGi are my best companions.

Sebab dah malu masa buat video cakap dengan Siri tak jadi, aku snap ajelah screenshot apa yang Siri boleh buat. Aku rasa ini demo version je kot dan mungkin boleh setting sendiri kemudian.


Klik aje 'home' button tu lama-lama then akan keluar screen macam ni lalu Siri pun bertanya : What can i help you? Pastu tekan button mic kat screen, korang pun bagi la instruction kat Siri apa yang korang nak dia buat.

Screenshot for Siri
Ok sekarang aku bagitau kenapa Siri and DiGi are my best companions. Aku simpulkan macam ni lah. Siri is provide for iPhone 4s sedangkan kalau nak Siri buat sesuatu untuk aku, aku perlukan service provider untuk Siri buat kerja-kerja aku. So aku perlukan DiGi as telco provider untuk Siri send sms, mms, email, call dan sebagainya. Disini jelas keperluan Siri dan DiGi dalam hidup aku seharian secara tak langsung, mereka inilah teman rapat atau lebih glamournya BFF - best friend forever. Berbalik kepada statement di atas sekali entri ini, harap-harap nuffnang betul-betul merealisasikan Siri and DiGi are my best companions. Persoalannya, bilakah ia akan bermula? Hehehe....


Segala persoalan biarlah Siri yang menjawabnya sama ada dia mahukah aku menjadi pemilik DiGi iPhone 4S. Tengah-tengah google aku jumpa video ni. Nampak gaya Siri dah ada pencabar baru yang bernama Arni. Jom saksikan dan ceria selalu :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...