Monday 26 December 2011

Katakan TAKNAK #2




Gambar-gambar di atas merupakan simbolik terhadap situasi seperti berikut. Pernahkah anda mengalaminya?
  • Masuk ke restoran kegemaran, membuat pesanan dan menikmati hidangan.
  • Sedang anda menikmati hidangan, sekumpulan lelaki yang duduk berdekatan dengan meja anda baru selesai makan.
  • Tiba-tiba, dengan gaya selamba dan tidak bersalah, ada di antara mereka menyalakan rokok dan menghembuskan asap rokok.
Secara tidak langsung, sambil anda menikmati hidangan yang enak dan lazat anda juga sedang 'menikmati' panorama indah dengan kepul-kepul asap rokok yang merbahaya.

Sedarkah bahawa anda yang tidak merokok pun merasakan kesan yang sama seperti perokok kerana terdedah kepada asap rokok juga didapati berisiko seperti perokok. Ini yang dipanggil sebagai secondary smoker @ second degree smoker @ secondhand smoker. Asap rokok telah terbukti mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia merbahaya dan termasuk 69 jenis bahan karsinogenik yang menyebabkan penyakit kanser. Smoking kills dan katakan #taknak. Amalkan gaya hidup sihat.


Kempen #taknak digembar-gemburkan,
Smoking kills tegasnya amaran,
Photo contest nuffnang dan Kementerian Kesihatan,
Duit free menjadi rebutan.

p/s: Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan tempat makan atau kedai makan berhawa dingin sebagai salah satu daripada kawasan larangan merokok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...