Wednesday 28 December 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

DiGi iPhone 4SURE 4 ME = DiGi iPhone 4S untuk saya, sudah semestinya :) wink wink

"Ceh apelah tajuk entri ko alan. DiGi iPhone 4SURE 4 ME konon - Jangan haraplah Alan."

Apalah korang, janganlah kondem aku. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. DiGi dan nuffnang nak bagi iPhone 4S free kat blogger, kenapa tidak aku mencuba kan. At least aku mencuba hokey...OK jangan sentap-sentap, kalau tak dapat iPhone 4S pun takpe, manelah tahu nanti ada seseorang nak bagi hadiah anniversary kat aku ke.

"Cek berangan lagi kerja kau kan Alan"

"Hehehe...bak kata Jay Jay - berangan tak salah asalkan tahu bertempat"

Haaaa....kat sinilah tempatnya kalau aku nak berangan. Terima kasih kepada nuffnang dan DiGi kerana mengizinkan aku untuk berangan untuk memiliki iPhone 4s itu....Tapi kenapa aku teringin sangat nak memiliki iPhone 4s. Cuba korang tengok kat bawah ni.


Nampak tak? Sedangkan encik DiGI dah cakap yang iPhone 4s ini "Faster. More powerful. 200 new features. And Siri". Tak boleh disangkal lagi. Aku pun terkesima dengan statement encik DiGi ni.

Statement di atas diperkuatkan dengan ciri-ciri yang ada pada iPhone 4S antaranya:-

1. Dual-core A5 chip - dengan kemampuan processor 2 kali lebih cepat, boleh mengakses internet dengan pantas, multi-touch dan multi-tasking dan membaca data.

2.  8 megapixel camera - fungsi kameranya bercirikan optik baru dengan lensa lima elemen, mengambil gambar lebih tajam sehingga aperture f/2.4. Wahhh boleh buat bokeh ni dah macam DSLR pulak. Ada fungsi face detection lagi tuh. Gempak seh. Tak payah la nak usung DSLR korang tu lagi. 

3. High-resolution Retina Display - maksudnya disini bila dah kameranya 8 megapixel, bercirikan optik baru, sekaligus membuatkan gambar yang diambil lebih cantik. Tidak hairanlah jika ia juga boleh merekod video HD 1080p.

4. Video recording - merakam video HD, disamping seronok kerana boleh juga buat editing macam profesional!!! Hebat kan.

5. Banyak application free - Seronok je tengok orang bukak application macam-macam yang hanya boleh didownload daripada App Store. Bila tengok application iPhone dengan android, rasanya iPhone lagi best.


Apa lagi yang boleh diperkatakan "iPhone 4S memang awesome!!!" Untuk melihat detail spec sila klik sini.

Alahai....dapat pegang iPhone 4S for display je. Bilalah aku dapat masukkan iPhone 4S ni dalam poket seluar aku pulak. nuffnang dan DiGi boleh tolong jawab tak? Hehehe


"Kau yakin ke boleh menang Alan?"

"Ala...takpelah. Biarkan nuffnang dan DiGi yang tentukan. Yang pastinya DiGi iPhone 4SURE 4 ME DONE by alanbaik ;) "

DIGI I FOLLOWWW......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...