Tuesday 13 December 2011

PROJKR Seminar on Green Technology

Pada 12 Disember 2011 telah berlangsungnya Seminar Green Approaches in Sustainable Development anjuran Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (PROJKR) di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.


Seminar ini memberi pendedahan dan membentangkan mengenai pendekatan dan usaha dalam penggunaan teknologi hijau dalam industri pembinaan. Penggunaan teknologi hijau ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan menjimatkan kos penghuni bangunan tersebut. Contohnya seperti air: rainwater harvesting iaitu penggunaan semula air tadahan hujan untuk digunakan semula seperti toilet flushing dan lanscaping dan teknologi penjimatan tenaga selektrik seperti lampu LED dan sebagainya. Di samping itu hasil teknologi campuran bahan yang diguna semula (recycle) dalam binaan yang menjimatkan kos dan kuari.


Sejak akhir-akhir ini pihak kerajaan melalui kementerian yang terlibat seperti KKR, KPKT, KeTTHA mengambil langkah bagi merealisasikan penggunaan teknologi hijau dalam bangunan-bangunan kerajaan contohnya macam bangunan di bawah ini. Agak-agak merasa tak aku dok dalam building ni nanti...

Bangunan KKR2
(Sumber : http://www.gdparchitects.com/projects/current/KKR-tower.html)
Di Malaysia pengukuran Green Building Index adalah mengikut kriteria seperti berikut.

Sumber dari http://www.greenbuildingindex.org/
Apabila pengukuran dah dibuat, maka score akan diberikan kepada bangunan tersebut. Platinum (86 dan ke atas), Gold (76 - 85), Silver (66 - 75) dan Certified (50 - 65).

Semasa seminar diadakan, terdapat juga pameran produk berkaitan kecekapan tenaga. Aku sangat-sangat obses dengan produk berkaitan rainwater harvesting sebab benda ni ada kaitan dalam bidang tugas aku.

Rupa dah macam bakul sayur kat Pasar Borong Selayang
HDPE Modular Tank untuk On-Site Detention
(a part of rainwater harvesting system)


Pada 14-16 Februari 2012 nanti akan diadakan Green Build Asia 2012 Expo bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Kepada sesiapa yang berminat untuk ke expo ni boleh buat pre-registration online sekarang dan jimat RM20 untuk pass masuk. Maklumat lanjut di http://www.greenbuildasia.org/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...