Wednesday 7 December 2011

Yuna Virtual Concert Bersama Hotlink

Ramai di antara kita pernah tengok konsert live tapi pernah tak korang tengok konsert secara online atau disebut virtual concert. Aku tak tau kalo-kalo artis obersi pernah buat virtual concert ke tidak tapi aku rasa belum ada lagi artis Malaysia buat macam tu kan. Teringin tak nak tengok artis buat live concert di rumah korang? Maxis dan Hotlink bakal merealisasikan impian anda kerana buat julung-julung kalinya melancarkan Hotlink People Powered Concert dan berkolaborasi bersama artis yang berbakat ini tak lain tak bukan YUNA... Betul...Yuna bakal menggegarkan rumah anda.

Semalam (6 Disember 2011) aku telah hadir sesi press conference (press kah aku???) yang diadakan di The Bee, Jaya One. Untuk makluman, ni first time aku join event seakan macam ni. Thanks to Nuffie for invite me :) Agak kaku gak aku semalam tapi nasib baik jumpa Alongxp kurang sikit kukukakakkukokkakukakukek sigh.... Ok sambung cerita Yuna balik.

Kepada peminat Yuna sekalian, Maxis dan Hotlink dengan baik hatinya telah menyediakan 10,000 spot (macam 10,000 tiket la kot lebih kurang) kepada anda secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat pre-book spot tersebut di website www.nowyoucan.my/yuna tapi haruslah diingat! Anda adalah pengguna Hotlink dan Maxis dan cepat-cepat dapatkan spot tersebut sementara stok spot masih ada.

Konsert vitual tersebut akan diadakan pada 14 Disember 2011 dan akan streaming live tepat jam 8.00 malam. Kepada mereka yang telah buat pre-book di website tersebut hendaklah logon diantara jam 7.00pm hingga jam 7.59pm sebelum dihidangkan dengan concert Yuna yang pasti menjanjikan pengalaman yang sungguh bermakna ini. Jom! Tunggu apa lagi cepat-cepatlah book sekarang di www.nowyoucan.my/yuna...

Sekitar majlis press conference....
 

Lokasi Kejadian
The Bee at Jaya One, Petaling Jaya

Cayalah dapat close shoot Yuna time dia lalu sebelah meja aku
Majlis pun bermula
Joel Wong from Nuffnang dah pre-booked. Anda bagaimana?
Dalili Michelle Abdullah Wee aka Michelle Melodi pun ada
Inai merah lagi you...
From left: Aku, Yuna dan Alongxp
Balik je rumah semalam aku dah buat pre-book kat website www.nowyoucan.my/yuna. Masa tu dah 196 orang dah book. Cepat gak diorang eh. Meh aku tunjuk satu-satu screen shot dia. Senang je :

Muka depan
Masukkan no maxis korang.
Yang biru, kuning, oren, kelabu asap mintak maaf ye
Klik connect to facebook. Masuk ke fb korang
FB screenshot. Login akaun FB korang
'Allow'kan aje

Just pre-booked. Nanti notification sms akan masuk kat inbox handphone korang
Memandangkan ini event pertama aku join dengan nuffnang dan gamble datang sorang diri tak berteman, rasa macam kera sumbang pulak dibuatnya. Tapi nasib baik aku ditakdirkan berjumpa dengan blogger ini tidak lain tidak bukan alongxp.com. Salam perkenalan along :)

Aku dan alongxp
Kitorang berdua dok semeja ni dok tercari-cari la kalo nampak blogger-blogger lain. Nun di hujung meja ternampak sekumpulan wanita, blogger group agaknya dan aku macam kenal salah seorang daripada mereka (tapi blogger tu tak kenal pun aku hahaha). Beliau yang aku maksudkan ialah pemilik kakinakl.com. Wahh! Teruja sebab dapat tengok live Kak Ina. Selalu tengok dalam blog aje. Kiranya semalam Kak Ina ni dah macam standard Yuna bagi aku. Dua-dua glamour. "Yang tu Cik Epal kan?", tanya Alongxp. "Oh ye ke. Tak perasan la", jawab aku selamba. Maaf ye Cik Epal. Aku rasa aku penah tengok blog orang lain tag ko tapi aku tak ingat. Tapi balik je opis semalam aku bukak cikepal06.blogspot.com, lalu aku pun berkata "Oh I See".
  
Aku dan Kak Ina KL
Makanan pun sedap gak kan. Layankan kemeriahan makanan itu....




Sekian sahaja entri aku di sekitar event ni. Thank you Maxis. Thank you nuffnang. Next event panggil aku lagi eh hehehe...

p/s: aku merupakan pelanggan setia maxis dari zaman uni lagi. Ingat lagi mula-mula pakai hotlink time tu kalo nak beli topup yang ada RM60 dan RM100 je. So sape-sape yang pakai hotlink time tu memang kaya la padahal......Bila dah kerja dah ade makwe (skg wife) upgrade tukar postpaid tapi still maintain no yang sama. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...