Wednesday 4 January 2012

Tahun Baru | Diari Baru | Semangat Baru

Orang selalu cakap
Masuk je tahun baru
Plannning macam-macam
Tanamkan azam dan semangat baru

Tapi aku tidak
Teruskan sahaja hidup ni macam biasa
Setakat ni belum terfikir lagi azam itu azam ini
Nak buat kerja pun mood belum mari
Takkan nak kena 'seru' mood tu baru datang kot
Nanti salah seru lain yang datang
HAHAHA

Tapi hari ini
Adalah sedikit mood itu mari
Sebabnya aku dapat ini
HOOREY


Inilah dia yang aku dapat
Buku Harian Rasmi 2012
a.k.a diari warga perkhidmatan awam
"RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"
Kuat lagi bau PVCnya

Semangat sikitlah mood hari ini
Sebab bila tengok kat dalam
Warna tema kegemaran aku as usual - biru
HEHEHE


Tapi kalau diikutkan
Aku jarang guna diari ni
Lepas tu tak guna langsung
Tengok sahajalah macam diari tahun 2011 ni


Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
=) tak perlu kata apa-apa


Aku prefer diari yang macam ini
Kecil molek, mudah dibawa
Simpan dalam poket seluar pun boleh
Pastu jalan berlenggang je masuk meeting
Cool dan simple



Senang je nak selak. Amacam? Busy tak aku tahun lepas
Awal tahun ni pun busy jugak sebenarnya
Oleh itu, aku rayu padamu mood hadirlah kau dalam hidupku ini
TOOOOLOOOOOONG

p/s: ada ke orang nak bagi diari kecik kat aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...