Thursday 12 January 2012

LNPT Oh LNPT


LNPT = Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. LNPT ni samalah konsepnya dengan KPI yang private sector biasa buat. Hari ni merupakan hari yang agak busy bagi aku. Due date dah nak dekat nak siapkan penilaian kat anak-anak buah aku. Anak buah dah bertanya berapa markah yang diorang dapat tapi taklah sampai kes kipas-mengipas dan air-cond auto mode. Kalau ada pun aku tak layan.

Dengan keadaan line network yang agak hampesss (mungkin disebabkan ramai orang bukak system ni) so aku lalui hari ini dengan penuh kesabaran sehingga aku tak layan langsung kerja hakiki.

Macam biasa...perangai aku buat kerja last minute tapi ia ternyata berhasil! Hahaha.... Markah yang aku bagi baik punya dan yang pastinya ia tidaklah sampai menganiaya orang lain sehingga dinasihati untuk meletak jawatan. Anak-anak buah aku boleh kerja dengan keadaan yang tenang lagi bersama aku. Hihihi....

AB: Janganlah menutup periuk nasi orang lain, sebaliknya tutuplah kemaluan diri sendiri sahaja...pesanan untuk diri sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...