Friday 30 December 2011

Biskut Raya dan Bulan Disember

Sedar tak sedar lagi 2 hari je lagi kita nak melangkah ke tahun 2012. Entri kali ni aku tak nak cerita pasal azam baru 2012 ataupun azam yang belum tercapai. Tapi nak cerita pasal biskut raya macam dalam gambar kat bawah ni.


Ajaib!!! Raya dah pun berlalu 4 bulan yang lalu tetapi biskut raya, lebih tepatnya biskut tat ni masih berbaki sebanyak 3 ketul. Bersempena hari ni adalah hari akhir aku bekerja dalam tahun 2011, saje aku abadikan gambar biskut tat ni dengan kalendar meja aku. Apalah nasib korang wahai biskut tat.....

Sebenarnya, biskut tat ni adalah pemberian 1company kontraktor masa Hari Raya yang lalu. Sebab dah banyak sangat makan biskut raya so biskut ni aku simpan dulu kat bawah meja. Sehinggalah sampai bulan November, baru teringat biskut tat ni tak bukak lagi. Nasib baik rasanya tak hilang, tak berkulat, belum expired lagi kot. Tawakal ajelah. Tapi sampai ke hari ni alhamdulillah perut aku tak meragam dek kerana kuih tat ini.

So azam pertama untuk tahun 2012 aku adalah untuk menghabiskan 3 ketul biskut tat yang berbaki ni. Hahaha....

1 comment:

alifah@along said...

hahahhahaaa....habiskan je la...mcm la susah sgt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...