Tuesday 10 January 2012

Food Hunting | Hadramawt Chulan Square


Edisi makan-makan yang ditaja sepenuhnya oleh puan isteri (kalau lelaki selalu disebut encik suami kan). Selalunya wife belanja tempat yang mahal-mahal, aku pulak belanja kat tempat biasa-biasa macam warung tepi jalan. Wife aku bijak orangnya. Masakan tidak, walaupun tempatnya ada kelasss, tapi gunakan peluang yang ada. Apakah peluang itu? Ini yang aku katakan...


Tawaran Groupon telah di'grab'. 4 course middle eastern meal + ice lemon tea untuk 2 pax di Hadramawt. Kalau nak diikutkan bernilai RM153.00 tetapi dengan tawaran groupon ini hanya perlu bayar RM35.00 sahaja (RM17.50 seorang). Wow!!! Ini yang aku katakan tadi bijak. Bijak berbelanja. Puan isteri bijak membelanja encik suami terchinta.


Hari yang ditunggu telah tiba. Sabtu lepas kitorang bersemangat ke Hadramawt di Chulan Square. First time kitorang ke Chulan Square, ia terletak berdekatan dengan Pavilion dan bersebelahan Bangunan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera). Dan di belakangnya pula ada Restoran Seri Melayu dan Kompleks Kraf Jalan Conlay. Chulan Square ni almost tempat makan / restoran je tapi tak survey restoran lain sebab mindset kitorang => HADRAMAWT. Seeeerrrbuuuu!!!! Sebelum tu, info parking: RM5.00 per entry . Mahal sangat la abang farking. Kitorang nak gi makan je. Bukan ada shopping complex kat Chulan Square ni huhuhu....

Berbalik kepada hidangan yang disediakan. 4 coarse, maknanya ada 4 jenis makanan yang ditawarkan.
1) Arabic Salad (original RM10 x 2 = RM20)
2) Sheesh Tawoq or Lamb Mendy or Chicken Mendy. Kitorang pilih Lamb Mendy (original RM25 x 2 = RM50)
3) Vegetable Stew (Harga tak tau berapa sebab dah pakej dengan Lamb Mendy)
4) 2 jenis dessert (harga tak tau) + Arabic Tea (original RM3)
5) Iced Lemon Tea (original RM8 x 2 = RM16)

2 orang makhluk ni dah tak sabar dah!!!
Layankan makanan yang terhidang kat bawah ni



LAMB MENDY - Kambing yang lembut tidak hamis dimasak menggunakan ketuhar bawah tanah dan dihidangkan dengan nasi basmati dengan rempah mendy (aku rasa la kot) yang dimasak menggunakan arang.

Kambing paling sedap yang aku pernah rasa
Vegetable stew

Desserts with arabic tea. Yang atas tu rasanya macam filling buah kurma rasanya. Yang warna putih dalam mangkuk tu pulak rasa macam puding susu dan yogurt. Sedap-sedap dessertnya tu....

Sebelum ini, aku pernah sekali makan kat restoran yang konsepnya seperti ini iaitu Restoran Saba' di Cyberjaya. Tapi rasanya nasi arab di Hadramawt lagi best daripada Saba'. Daging kambingnya yang yang lembut lagilah bertambah kenikmatan ketika makan Lamb Mendy ni. Pendek kata kesemua coarce yang kitorang makan best sangat. Nak pulak time tu aku dapat part rib lagilah feel abis. Memang aku recommend order Lamb Mendy bila datang ke Hadramawt ni. Suasana restorannya pulak tenang, rasa selesa dan bersih. Dihiasai dengan dekor dan muzik arab seperti berada kat negara diorang pulak. Boleh pilih nak duduk kat dalam (air-cond) ataupun di luar (kipas), ikut selera masing-masing.


Sape-sape yang nak teringin nak makan makanan Arab dan Timur Tengah datanglah ke Hadramawt. HADRAMAWT - The best Yemeni and Arabian food in town. 

Pastinya kalau ada tawaran seperti groupon atau mana-mana deals, mesti nak beli lagi. Masa datang ke restoran ni pun ramai yang datang guna voucher groupon ni antaranya kawan sekolah aku dulu, Khalilah @ Ila. Tak sangka dapat jumpa ko kat sini Ila. Dah 12 tahun kita tak jumpa asyik tengok blg dia je huhuhu....

Inilah dia Ila & Family owner kepada blog mykhalish

2 comments:

uncle gedek said...

tengok pon tau ni....

mahal....

huhuhu

alanbaik said...

memang mahal uncle. tapi ada groupon ni murah la sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...