Tuesday 31 January 2012

Site Visit Yang Memenatkan Di Sungai Petani, Berakhir Dengan Kepuasan Di Alor Setar

Hari ini aku betul-letih. Masakan tidak, malam tadi tidur agak lewat. Tak lena tidur aku dibuatnya gara-gara bunyi dentuman mercun dan bunga api tak henti-henti dibuatnya sejak detik tengah malam selama 2 jam lebih agaknya. Chap goh meh kot tapi aku tak pasti tentang perayaan itu. Nak dijadikan cerita hari ini aku bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap-siap ke LCCT. Pagi ni hujan turun agak lebat giler. "ish, rasa macam malas je nak pergi. Tidur pun cara gak ni", detik hati aku.




Pagi ni terkocoh-kocoh aku kejar flight pukul 7.05 pagi. Dan ini kali pertama aku drive & parking kat LCCT. Oleh sebab tak biasa parking sini, tu yang aku agak terkocoh-kocoh, tak biasa beb. Mahal pulak tu parking sini. Tapi takpe, terbalas sudah keletihan berkejaran ke tempat parking kapal terbang dengan terhidangnya juadah ini.



Untung kan naik AirAsia ke Alor Setar, gov warrant siap set makanan ni. Kalau harapkan Malaysia Airlines dapat kacang dan jus aje.

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim jam 8.05 pagi, driver aka tourist guide aku, Mr. Mahen dah tunggu aku. Kami terus shoot ke Sungai Petani. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke tapak projek. Walaupun still mengantuk, aku tak tidur sebab ini kali pertama aku lalu jalan Alor Setar - Sungai Petani via PLUS highway so aku nak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Meeting start pukul 10.00 pagi. Gedebak gedebuk, barulah pergi site visit. Waktu tu matahari dok terpacak atas kepala. Dah la mengantuk, dok buat show tengah panas pulak tu. Apakan daya, aku "berkhidmat untuk negara" dan "saya menjalankan tugas" menjadi tagline. Apa pun aku puas hati dapat visualize skop kerja yang akan dibuat.


Klien dan end user sedang mengadakan perbincangan.

Sebelum balik bergambar kenangan dulu dengan jentera army ni.


Lepas settle kerja, kitorang bergerak balik ke Alor Setar. "ape nak buat eh lepas ni. Flight balik KL pukul 9.10 malam. Sekarang baru pukul 2.00 petang." kata hati aku. Mula-mula segan nak ajak Mahen round Aloq Setaq. Pastu bila dia bagi green light so bermulalah misiku.

Tiba-tiba je rasa letih dan mengantuk hilang hehe. Mula-mula ke Pekan Rabu. Lepas tu ke kedai bahulu yang dibakar fresh. Lepas tu ke kilang kuah rojak Mak Bee yang sedap dan fofular itu. Lepas tu pekena laksa kedah terbaekkk yang pernah aku makan dengan resipi istimewa di Zakaria Laksa Teluk Kechai di Jalan menuju Kuala Kedah. Memang puas hati site visit kali ini :)

Pada masa ini aku menunggu masa sahaja untuk fly ke KL. Nanti kalau aku rajin aku akan ceritakan perjalanan ini secara detail nanti. Thanks Mahen my tourist guide yang baik hati. Kali ni aku puas hati mai Aloq Setaq.



P/s: mula-mula plan nak tengok je taknak beli, last-last aku terpaksa kendong 1 lagi beg balik KL muahaha
posted from Bloggeroid

Dapat Tengok Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Pun Jadilah

Aku tak apply BR1M sebab aku sedar diri dan sedia maklum yang aku ni tak layak pun nak dapat BR1M walaupun kadang-kadang mengalami kesesakan nafas huhuhu. Ye la kan, taraf hidup yang tinggi kat KL ni. Tapi percaya tak, sebanyak mana atau sedikit mana pun duit gaji yang kita dapat tu, kita akan try to manage our expenses as possible. Maknanya kita berjaya menjadi pengurus wang yang baik untuk diri sendiri. Itu yang aku lalui dan rasakan selama ini.

Pemberian BR1M telah bermula.  Kepada yang dah dapat baucer tu, cepat-cepatlah redeem di BSN, CIMB dan Maybank di seluruh negara. Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Baru semalam dapat tengok live baucer BR1M ni, tapi yang ni bukan versi yang macam kat mudah.my ok.

Tak dapat BR1M, dapat tengok baucer BR1M pun jadilah..... Bersyukur dengan apa yang ada sekarang :)

posted from Bloggeroid

Monday 30 January 2012

Awan Nano Menang AJL 26


Meremang beb aku tengok Hafiz bawak lagu ni malam tadi. Bermodalkan t-shirt dan seluar track serta penampilan ayahnya (Herman Tino dengan baju pagoda) dia boleh sapu 1st prize dan vokal terbaik di AJL 26. Tak payah susah-suah nak terkinja-kinja, carik baju cantik, buat rambut. Nyanyi je kat atas stage berasap tu, at the end ko pergi kejar bapak ko kat pangkin dah menang RM45000. Tahniah Hafiz. Satu lagi bakat program AF yang bertahan setakat ini. Seperti yang aku jangkakan, Si Hafiz ni antara pilihan aku selain 3 Suara - Beribu sesalan.


Dalam pada itu, masa si Hafiz ni tengah perform, tiba-tiba berkaca mata aku beb, sangat menyentuh hati dan perasaan aku. Hampir bergilangan air mata jantan ini. Wah...dan-dan nak cover sambil makan keropok depan tv. Hehehe....pengakuan ikhlas dari aku.

Moral of the story, sayangilah bapa anda yang telah memberikan makan minum, pakaian, memberi pendidikan dan etc dari kecil sampailah sekarang. Walaupun bapak aku bukan macam Herman Tino tapi aku sayang bapak aku. Kenanglah jasa dan pengorbanan mereka.

credit pic: zoommalaysiaku.com

Sunday 29 January 2012

Crispy Crepe Yang Sedap, Sedap & Sedap di Jusco Metro Prima, Kepong



Honestly, aku sangat teruja dan suka dengan crispy crepe sejak diperkenalkan oleh wife aku. Crispy crepe yang sedap dan murah ada kat Jusco Metro Prima, Kepong. Setakat ni, aku dah usha kat Jusco Wangsa Maju dan AU2 takde pun jual crispy crepe ni.

 

Crispy crepe yang aku maksudkan ni bukan yang macam kedai franchise Hot & Roll tu tau tapi brand Jusco sendiri. Compare to harga, crispy crepe di Jusco lebih murah berbanding Hot & Roll. Aku tak pernah lagi cuba crispy crepe Hot & Roll, sebab mahal. Bila rasa teringin tu baik pergi kat Jusco Metro Prima aje, dekat dengan umah mertua aku. Booth tersebut terletak dekat dengan kedai roti La Boheme dan food court.

Booth Crispy Crepe di Jusco Metro Prima Kepong
Kasi zoom sikit gambar
Sanggup datang ke Jusco bukan nak shopping, tapi semata-mata nak makan crispy crepe ni. Itu pun kalau balik rumah mertua kan. Nasib baik dekat.

Harga crispy crepe
Murah kan compare dengan hot & roll. Ada banyak pilihan flavour dan filling tapi favourite aku ialah Milo Chocolate Chip. Tak pernah cuba filling lain sebab dah jatuh hati dengan Milo Chocolate Chip ni. Jom tengok cara pembikinan crispy crepe ni.

Adunan crepe digelek hingga jadi lapisan nipis dan crispy
Crepe disapu susu. Kemudian ditabur milo dan chocolate chip.
Milo tabur akan melekat pada susu. 
Dah siap. Lipat dan masuk dalam sarung.
Masa untuk ngap.
Part ni yang paling klimaks. Banyak milo dan chocolate chip terkumpul kat hujung.
Puas hati makan crispy crepe milo chocolate chip ni sebab tukang buat crispy crepe ni tak kedekut. Banyak betul milo dan chocolate chip dia tabur. Satu kelebihan kepada orang yang suka meratah milo - macam aku!!!  Hihihi

Saturday 28 January 2012

Amaran : Beli Rumah Atau Aku Diigau Mimpi Ngeri

Sebenarnya, dah lama aku peram ckisah seram ni cuma situasi yang tak sesuai untuk aku kongsikan. Dan sekarang barulah rasa selesa untuk aku ceritakan. Entri ini ditulis kerana aku rasa terpanggil setelah membaca entri ini satu ketika dulu. Korang pun patut baca entri tersebut. 

Memang pening hidup di KL dengan kos sara hidup yang tinggi. Mana nak cekau duit? Tiap-tiap bulan dapat gaji bayar hutang kereta, sewa rumah, PTPTN, kad kredit, personal loan etc. Pening...pening...pening... Last-last berapa sen je tinggal?

Kira bernasib baik la jugak, bersyukur sebab bab sewa rumah tu aku tak payah pening-pening nak pikir. Apa sebabnya? Parent duduk di KL so dapatlah aku menumpang kasih tinggal dengan parent aku. Ya, aku lelaki yang dah berkahwin... Apa masalahnya? Masalahnya aku punya tanggungjawab menyediakan makan pakai, tempat tinggal untuk isteri aku kan. Tapi kenapa aku terhegeh-hegeh nak duduk bawah ketiak mak bapak aku lagi siap menjebakkan sekali isteri aku untuk tinggal bersama parent aku. Oh, sadisnya...

(Info: Aku anak lelaki tunggal, no 3 daripada 4 beradik dan aku anak yang last kahwin).

Memandangkan aku anak yang terakhir kahwin, tinggallah parent aku di rumah itu sekiranya aku keluar. Mesti diorang sunyi, tiada siapa nak tengok-tengokkan. Itu antara alasan kenapa mak aku tak bagi aku keluar daripada rumah itu selepas berkahwin.

Sebelum aku kahwin awal-awal lagi mak aku dah pesan, selagi tak beli rumah, jangan harap aku dapat keluar daripada rumah tu melainkan aku transfer ke luar KL. Ni kira amaran keras ni. Aku diberi pilihan sama ada beli rumah dulu baru boleh hidup berdikari atau terpaksa tinggal dengan parent aku; mimpi ngeri beb. Orang tua lebih memahami, tau asam garam kehidupan nak pulak yang baru mendirikan rumahtangga dan hidup di KL. "Kalau setakat kerja di KL tapi nak sewa kat luar, baik kau bagi je duit sewa rumah tu kat mak ni ada faedahnya", kata mak aku. Gulp! Ditelan mati mak, diluak mati bapak, abis tu aku kemam ajelah. Hal ini tak pernah aku ceritakan kepada wife aku sebelum kitorang kahwin (aku kemam). Bukan apa, aku rasa sukar baginya untuk menerima hakikat menantu perempuan duduk sebumbung dengan ibu mertua. Argh! Tension...Tension...

Selepas kahwin, aku bagi penjelasan pada wife aku. Pada mulanya memang seperti yang aku jangkakan - sukar untuk diterima. Aku berikan harapan yang perkara ini tidak akan berpanjangan, aku minta tempoh setahun untuk aku usahakan untuk mencari rumah sendiri, bukan rumah sewa. Pernah juga aku terfikir untuk menyewa, bila buat monthly budgeting aku rasa memang takat paras hidung ajelah. Nak enjoy lebih sikit pun tak merasa. Argh! Tension...Tension... Memang selalu kita dengar pandangan negatif tentang menantu hidup serumah dengan mak mertua tak serasi tak sebulu. Mimpi ngeri beb. Tambahan pula wife aku satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga aku jadi mungkin situasinya tak sama dengan menantu-menantu lelaki yang lain. Lagilah mimpi ngeri. Tapi tak seburuk yang disangka. Wife aku pandai menyesuaikan diri, lagipun mak aku jenis yang sporting. Hormati orang tua itu yang penting. Alhamdulillah, wife aku boleh terima kenyataan tersebut dan dia boleh serasi hidup sebumbung dengan mak mertuanya. Legaaaa....

Ternyata tempoh setahun yang aku minta dari wife aku untuk hidup menumpang kasih dengan parent berlarutan hampir tahun kedua umur perkahwinan kami. Saban hari, minggu, malah berbulan-bulan aku dan wife mengenangkan bilalah kita dapat duduk rumah sendiri ni. Alahai nasib, nak beli rumah baru kat KL ni faham-faham ajelah. Kalau setakat rumah teres tu harga nak dekat 1/2 juta. Kalau apartment pulak rasa macam tak berbaloi beli mahal-mahal, nanti nak mengadap maintenance fee lagi. Argh! Tension...Tension...

Rumah lelong yang diusha oleh aku
Setelah puas mencari, akhirnya aku telah berjaya memiliki rumah sendiri - rumah kecik aje pun....jadilah buat permulaan ni. Ikut kemampuan. Member pernah kata, "korang laki bini kerja engineer kenapa pilih rumah macam tu. Korang kalau combine loan, keluar duit EPF pastu beli teres 2 tingkat lagi selesa beb". Iyelah tuuu. Ape ingat engineer banyak duit ke? Aku ada sebab dan musabab kenapa aku tak target nak beli rumah besar terus dan tak combine loan pada masa sekarang.

Nice to see dari luar. Kat dalam tak tau cerita lagi
Seperti yang aku katakan, ini baru permulaan. Rumah yang murah (below market value) yang aku dapat dalam proses lelong. Aku dah lalui pembelian rumah melalui proses lelong ni. Hampir setahun lamanya aku menunggu sehingga proses jual beli selesai. Apa yang aku belajar, untuk memiliki rumah lelong ni aku harus banyak bersabar, kerja keras dan jadi penunggu yang setia. Lokasi yang strategik, dekat dengan sekolah, masjid, kedai, LRT. Dengan kata lain - hot area. Dikhabarkan rumah aku ni kalau disewakan pun boleh dapat passive income berganda. Cuma biarlah aku duduki dulu rumah ni dan belum terfikir untuk mencari keuntungan dengan menyewakannya dalam masa yang terdekat. Mungkin satu hari nanti selepas memiliki rumah kedua. Doakanlah untuk aku ye.

Buat orang tua aku dan mertuaku; terima kasih tak terhingga kerana memberi ruang, peluang, tempat berteduh dan menumpang kasih kalian. Jasamu dikenang. Terus terang anakmu ini rasakan seperti kurang senang dan kurang puas hati dengan diri sendiri sebab walaupun dah bergelar suami orang, tapi rasa bagai tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu macam sedikit terbatas, almaklumlah nanti ingat macam overshadow bapak sendiri pulak. Mak  dan abah dah banyak bantu dan berikan jalan untuk aku. Sekarang, bila dah dapat memiliki rumah sendiri, harta sendiri, baru rasa yakin untuk melangkah keluar.

Buat wife; peneman setia yang selalu berada disamping aku ketika susah dan senang. Sentiasa sabar melayan karenah aku dan orang tuaku. Teringat waktu mula-mula kahwin dulu, sudah banyak kali aku diajak keluar duduk sendiri (sewa). Puas jugak aku memujuk supaya tunggu dan bersabar agar aku capai matlamat, dapat beli rumah, baru kita boleh gagahkan diri. Memang tidak dinafikan, hubungan suami isteri serta tanggungjawab masing-masing dan privacy agak terbatas kalau nak diikutkan bila duduk dengan parent ni. Rasa seperti igauan mimpi ngeri.... Ye la kan, mesti ada suka duka. Semua kira pengalaman gak ni. Ada sebuah rumahtangga dalam sebuah rumahtangga yang lain. Nak tak nak, dah nak dekat 2 tahun kita lalui semua ni.

Hidup mesti ada matlamat. Tetapi aku tak suka letakkan target untuk mencapai matlamat hidup aku. Aku selalu amalkan hidup mesti diteruskan, oleh itu redahlah ia. Dalam pada itu, mesti ada sesuatu yang akan terjadi semasa redahan tersebut. So, 'sesuatu' itulah yang menjadi pendorong untuk mencapai matlamat hidup aku tu. Aku faham apa yang aku cakapkan ni dan aku tak pasti korang boleh faham tak ape yang aku cuba sampaikan ni.

p/s: Sadis kan kisah aku ni. Bukan kisah seram pun...

Friday 27 January 2012

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Siaran media secara keseluruhan menyenai Status pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dirujuk disini. Pemberian BR1M telah bermula pada 15 Januari 2012 selama 2 bulan dan akan diberi dalam bentuk baucer. Baucer tersebut boleh ditukarkan kepada wang tunai di bank-bank cawangan BSN, CIMB dan Maybank.

Untuk menyemak status permohonan, boleh menghubungi talian hotline BR1M talian 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 setap hari bekerja pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Sekiranya permohonan berjaya, pemohon akan menerima surat pemberitahuan melalui pos.

Contoh surat pemberitahuan
Sekiranya permohonan gagal, pemohon boleh mengemukakan rayuan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN atau boleh didownload di laman web treasury.

Pemberian secara one off sebanyak RM500 per isirumah. Agak-agak cukup ke RM500 tu. Aku rasa macam tak cukup je. Tapi kalau orang dah bagi tu amik jugak la kan hehe. Terimalah seadanya, barulah nampak keperihatinan kerajaan dalam menangani beban kenaikan kos sara hidup rakyat. Kenaikan kos? Lepas ni harga barang makin naik ke? Harga petrol pulak macam mana?

Jadi, gunakanlah wang bantuan rakyat ini sebaik-baiknya.

AB: Aku tak layak dapat pun. Contoh surat tu bukan aku yang punya

Wednesday 25 January 2012

Bersemangat Dengan PC Baru

Mungkin yang lain sedang dalam mood cuti Tahun Baru Cina, tapi entah kenapa hari ni aura aku nak datang kerja membuak-buak dalam mood happy memandangkan keadaan trafik lancar. Bayangkan aku boleh lengah-lengah bawak kereta nak ke office tup-tup dalam masa 10 minit aku dah sampai. Ajaib!!! Tapi esok lusa belum tau lagi kan. Haha....

Teringat pulak dengan entri ni cerita pasal seronok dapat diari baru di tahun 2012 ni. Kali ni aku nak kongsikan jugak keseronokan bekerja di awal tahun 2012 sebabnya aku dapat PC baru bagi menggantikan PC lama yang low spec. Lama tak tak lama jugak la, PC ni aku dapat masa tahun 2009. Nampak macam best kan tapi lembap giler.

PC lama

PTM bagi PC baru ni 2 minggu lepas. Office aku sekarang suruh kitorang design guna Autocad Civil 3D tapi PC lama ni low spec tak boleh nak running software tu. Member aku cakap kalau nak running Autocad Civil 3D ni kena ada 8GB RAM tapi PC baru ni ada 16GB RAM. Tambah member aku lagi, lagi cantik kalau PC ni tambah graphic card baru superb. Tapi yang ini pun dah kira ok kot. Rasa macam nak cabut je extra RAM tu pasang kat PC rumah aku hehe. Setakat ni aku belum lagi try design guna software ni. Nak polish skill belajar guna Civil 3D barulah boleh design iye tak?

PC baru

Dah lama aku tak mengikuti perkembangan komputer sekarang. Rasanya processor core i5 ni dah cukup hebat la bagi aku setakat ni. Ditambah pula dengan 16GB RAM. Semoga aku lebih bersemangat bekerja dan selaju PC baru ni HAHAHA...

Saturday 21 January 2012

Shoulder Impingement Syndrome Part 5

Day 6 (21/1/12)

Dah takde ubat masuk so malam tadi jarum drip dah cabut.


Alhamdulillah petang ni dah boleh keluar wad. Dalam pukul 2 lebih dah setel semua documentation dan supply ubat. Dapat MC nak dekat sebulan tu. Mak jeles ok. Tapi dapat MC lama pun nak menahan sakit tu pun suffer gak kan. 


Tapi sebelum balik jom kita wat fisio dulu.


Walaupun dah keluar wad, tapi lepas ni still kena jalani fisio outpatient 10 kali.

Ni dia ubat sebeban. Hamek ko....


Nak tau berapa bill hospital ni? 


RM20566.90 tu beb. Kalaulah aku dapat duit tu buat downpayment beli rumah pun ok dah. Tapi untuk pengetahuan korang, bil hospital tu di'cover' sepenuhnya oleh insurance company. Sediakan payung sebelum hujan. Memang tak rugi sape-sape yang amik medical card ni. Saat-saat kecemasan macam ni mana nak cekau RM20 riban. Thanks Prudential-BSN.

Friday 20 January 2012

Review Filem | Suatu Malam Kubur Berasap


Complimentary pass TGV surprise from nuffnang dah nak expired on 15/1/12. 2 pass dah guna masa tengok Jack & Jill kat Wangsa Walk. So kali ni tengok kat TGV The Mines sehari sebelum expire date. Mission accomplished....


Kali ni kita layan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Jom masuk panggung.....


Filem genre komedi seram. Yang menjadikan filem ini kelakar kerana ada ramai pelakon-pelakon daripada program Raja Lawak seperti Angah RL (watak Atan), Along RL (watak Bun) dan Azrul RL (watak Pet). Walaupun diorang ni bukan juara Raja Lawak tapi lawak diorang ternyata menghiburkan dan membuatkan aku ketawa. Watak Atan lakonan Angah RL pada aku memang kelakar giler sebab watak yang dibawaknya mengingatkan aku kepada watak Fei Mau yang sengal-sengal ubi itu. Filem ini mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Atan (bekerja sebagai penggali kubur seorang yang rajin dan lurus bendul), Bun (mat rempit yang ntah ape-ape) dan Pet (bawak lori ayam; seorang yang sengau). Walaupun banyak adegan kelakar mamat 3 orang ni, tapi adegan seram pun banyak jugak (sampai wife aku boleh menjerit dalam panggung).

Masa kat dalam panggung tak ramai orang. Sebab filem ni dah lama ditayangkan ke? Sebab pagi sangat kitorang tengok ke? Sebab pelakon dia tak best ke? Ke sebab filem ni suam-suam kuku aje? Aku pun tak tau kenapa tapi aku rasa gandingan 3 orang pelawak ni memang menjadi lawaknya. Tapi scene pasal kubur berasap tu dah tinggal 1/3 tayangan baru nampak jalan ceritanya. Watak hantu Siti tu kalau keluar lagi awal lagi best. Dan pada pendapat aku watak mat kacau (Tocai n the gang) tak payah tunjuk banyak kali pun takpe.


AB: Puas hati dengan watak kelakar Atan aka Fei Mau versi melayu.

Shoulder Impingement Syndrome Part 4

Day 5 (20/1/12)


Bahu terasa sakit dari malam semalam. Masa nak tido letak cooler pad oklah sikit. Bila bangun tido sakit menyucuk-nyucuk rasanya. Bila Dr Azmi datang check, dia bagi injection surutkan bengkak. Tukar plaster. Doktor bagitau memang sakit lepas operation ni. Sakitnya terasa 3 minggu lebih. Lepas tu beransur pulih dengan syarat rajin buat fisioterapi dan buat exercise. Nak buat exercise pun kena ada caranya tau. Kalau salah gaya silap haribulan, sakit lain pulak yang datang.

Contoh exercise. Guideline diberi oleh Dr. Zanariah

Thursday 19 January 2012

Shoulder Impingement Syndrom Part 3

Day 3 (18/1/12)


Hari ni wife aku feeling better tapi sakit bahu still ada lagi. Doktor bagi ubat tahan muntah dan ubat gastrik. Makan pun dah ok sikit, lagilah berselera bila mak mertua aku datang bawak makanan dari rumah (ikan haruan masak sup dan bakar). Thanks mama! Aku Bersyukur Kerana Mereka Bukan Macam Ku Salmi


Wife aku dah boleh bangun sendiri nak ke tandas. Doktor dah buat dressing - bersihkan luka kat tempat operation tu. Ubat tahan sakit dan sanile drip dah tak pakai lagi. Hari ni start buat fisioterapi 2 kali sehari. Kadang-kadang pakai cooler pad letak kat shoulder. 


Day 4 (19/1/12)

Hari ni aku sempat jumpa doktor. Doktor bagitau dia tebuk 4 lubang kat shoulder, masukkan jarum & jahit kat ligament yang koyak tu. Pastu letakkan skru plastik permenant kat ligament tu. Lebih kurang macam tu la explanation seorang doktor kepada seorang layman macam aku ni. Boleh bayangkanlah apa yang dia cakap hihihi...Hasil bantuan encik google barulah dapat gambaran jelas. 

Arthroscopy Procedure
Credit pic : mukipartono.com

Hari ni jugak wife aku dapat aksesori baru - "ARM SLING". Kelasss gitew... dan stylo.



Wednesday 18 January 2012

Shoulder Impingement Syndrome Part 2

Day 2 (17/1/12)


Hari ni wife aku operation kat ligament/tendon shoulder yang koyak tu. Pukul 8.00 pagi dah prepare bakai baju khas dengan ala-ala shower cap. Aku tengok wife aku rileks dan tenang je masa tu. Mungkin dah bersedia untuk hadapi semua ni sebab dah tak tertanggung kesakitannya selama ini. Pukul 8.30 pagi nurse dah sorong masuk OT room. Dalam pukul 11.30 pagi baru siap. Aku setia menunggu di wad.

Keadaan wife aku selepas operation.
Tang muka aku saje hide taknak tunjukkan natural beauty wife aku
Masa sampai di wad, wife aku dah sedar tapi keadaannya lemah. Sakit kesan daripada operation masih terasa. Sementara tu, nurse pasangkan ubat tahan sakit kat machine - syringe driver. Ada masalah sebab machine tu pulak tak match dengan syringe. Wife aku dah tak tahan time tu sampai mengalir air mata. Aku pun sebak, tahan je, kesian tengok dia. Lebih kurang 20 minit baru la boleh settle nurse tukar syringe saiz lain. Kata nurse, syringe dan machine kat OT room tak sama dengan machine yang wad ni ada. So terpaksalah tukar syringe yang sesuai. Syringe driver ni berfungsi untuk control dose ubat tahan sakit kepada wife aku. Kalau macam kes wife aku, ubat tahan sakit 1 syringe 50ml, driver syringe setkan 5ml/hr, so ia bertahan 10 jam.

Inilah syringe driver machine yang aku maksudkan
Selain itu, diberikan juga saline drip untuk mengelakkan dehydration. Amboi...explanation aku dah macam buat medical blog. Nak lawan Dr. Fatin Liyana la pulak hehehe.


Haa...yang ni pulak right shoulder yang kena operation tu. Nak gerak, nak bangun pun susah kesian kan. Nasib baik ada suami yang baik. Sape eh suami dia bagus betul budak tu.


Sebelah petangnya pulak pakai benda alah ni. Nama spesifiknya aku tak tau tapi ala-ala cooler bag la. Dalam tong picnic tu diorang letak air + ais. Aku rasa tujuannya nak bagi relief pain kot. Wife aku cakap selesa sikit la letak benda ni. Nyaman tok rasanya...


Tong picnic diisi ais
Bila dah sedar, terasa lapar, tapi bagi minum air dulu tengok muntah ke tidak. Dah ok sikit baru bagi makanan tapi tak kena selera wife. Dia nak bubur nasi, suami yang baik ni pun gagahkan carik bubur nasi. Nasib baik tau port jual bubur nasi kat Kg Baru. Tertunailah hasrat di hati (pinjam tagline).


Tapi dukacita sebelah malamnya muntah tak hengat. Hampir penuh vomit bowl. Rasanya boleh jual balik bubur nasi yang dimuntahkan itu iyeeek...Pukul 11 malam barulah aku boleh balik rumah. Pengsan.....

p/s: Tak sempat jumpa doktor lagi, nak jugak tau procedure operation yang dia buat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...